"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ditangkap kerana ajar baca al-Quran

Tashkent: Pihak berkuasa Uzbekistan menahan sekumpulan wanita Islam di daerah Yangiyul di bandar raya ini selepas mendapati mereka bersalah mengajar kanak-kanak perempuan membaca kitab suci al-Quran.

Menurut laporan World Bulletin baru-baru ini, wanita berkenaan mengajar kanak-kanak itu di rumah mereka apabila mereka ditahan Khamis lalu.

Stesen televisyen milik kerajaan pula melaporkan mereka didakwa atas tuduhan ‘radikalism’ kerana mengajar kitab suci itu.

Antara yang ditahan ialah Hanaife Mirganieva yang didakwa mengetuai kumpulan berkenaan.

Pegawai Uzbekistan berkata, beberapa wanita berjaya melepaskan diri dan dijangka mendapatkan perlindungan di Turki.

Kumpulan hak asasi manusia sudah sekian lama menuduh Uzbekistan menindas kebebasan beragama sebagai sebahagian daripada kempen menentang kebangkitan Islam di negara itu.

Penindasan itu termasuk menahan dan mendera masyarakat Islam yang mengamalkan suruhan agama.

Pada Mac 2012, kerajaan mengharamkan penjualan pakaian menutup aurat.

Negara itu pada 1998 meluluskan undang-undang mendenda dan memenjara mereka yang mengenakan pakaian bercirikan keagamaan, termasuk hijab. 
-Agensi/hmetro-

Tiada ulasan: