"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk Seri: Tarik dari Anwar beri kepada Azmin Ali?

sultan mentri azmin aliPETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dijangka menerima pingat kebesaran daripada Sultan Selangor yang membawa gelaran Datuk Seri.
Ironinya, gelaran itu dianugerahkan kepada beliau hanya selepas beberapa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dilucutkan gelaran tersebut.

The Rakyat Post yang memetik satu sumber dalaman parti mengesahkan bahawa jika bersetuju beliau akan menerima anugerah kebesaran tersebut pada Khamis ini daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Desas-desus kemungkinan Menteri Besar Selangor itu bersetuju menerima pingat tersebut dikukuhkan lagi dengan kehadiran Shuahaimi Shafiei di kawasan Istana Alam Shah, Klang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jempol, R. Sri Sanjeevan ketika dihubungi mengesahkan bahawa Mohamed Azmin berkemungkinan besar menerima pingat itu.

”Ya, kami ada mendengar mengenai perkara ini dan ia akan menjatuhkan motivasi akar-umbi jika beliau menerima anugerah itu,” katanya.

Beliau berkata, jika Mohamed Azmin menerima pingat itu hanya selepas beberapa hari Anwar dilucutkan gelaran yang sama, ia menunjukkan bahawa Timbalan Presiden PKR itu tidak berkaliber.

“Beliau patut sedar bahawa beliau menjadi Menteri Besar Selangor sebab parti dan beliau mesti menolak secara berhemah.

”Kita dalam parti pembaharuan dengan agenda pembaharuan, bukan dianugerahkan dengan gelaran. Jika beliau menerima maka ia bermakna beliau hanya mahukan kuasa,” ujarnya.
-fmt-

Tiada ulasan: