"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin tertinggi UMNO boikot pertemuan dengan Najib?

Adam Abu Bakar
Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO, masing-masing berada di luar negara dijangka tidak akan menghadiri pertemuan dengan Presiden UMNO.
najib_Shahbudin-Husin_600PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka akan mengadakan perjumpaan khusus dengan pemimpin UMNO.
Ia bertujuan untuk menjelaskan isu-isu semasa kepada mereka disamping cuba untuk menagih sokongan politik.

Berdasarkan logik akal, pertemuan itu dijangka tidak dihadiri beberapa pemimpin tertinggi termasuk Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Blogger dan ahli UMNO, Shahbudin Husin, dalam tulisannya merujuk kepada atur cara Najib pada Ahad, di mana beliau berada di Tawau, Sabah dan ia tidak dihadiri Shafie

“Shafie sudah pun berlepas ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama keluarganya pada Jumaat lalu,” ujarnya.

Namun, persoalan yang timbul adalah mengapakah Shafie tiba-tiba mahu ke Mekah sewaktu Najib mahu turun ke Sabah.

“Tidak bolehkah Shafie melewatkan pemergiannya untuk menunaikan umrah sehari dua dan selepas berjumpa dengan Perdana Menteri?” katanya yang menulis di blog www.shahbudindotcom.blogspot.com.

Selepas turun ke Sabah, pada Isnin, Najib dikatakan akan akan bertemu dengan Ketua UMNO Bahagian di Putrajaya.

“Ia juga dipercayai untuk menjelaskan pelbagai isu semasa kepada mereka.

Jelas Shabudin, ia adalah perjumpaan kali kedua antara Najib dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian sejak berlakunya serangan dan kritikan daripada Tun Mahathir Mohamad terhadapnya,” katanya.

“Selain Shafie yang pasti tidak hadir dalam perjumpaan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyiddin Yassin yang kini berada di Milan, Italy juga tentunya tidak hadir sama.

Jika pertemuan berkenaan menjadi kenyataan, bermakna kali kedua ia tidak disertai Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO itu.

Pada pertemuan di PWTC Mac lalu, kedua mereka antara yang tidak hadir.

Shahbudin membuat rumusan, tindakan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO yang memboikot pertemuan bersama Najib menunjukkan seoalah-olah sedang berlaku perbincangan mengenai perkembangan dan masa depan politik negara.

“Ramai pemimpin sudah mula bersuara dengan nada yang agak berbeza dan mahukan isu 1Malaysia Developnent Berhad (1MDB) ditangani secara serius bagi mengembalikan keyakinan rakyat,” katanya.
-fmt-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Alamat baru DCM: www.duniacacamarba2.blogspot.com. Harap dapat dikemas kini di blog tuan. Terima kasih.