"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Murid tahun 4 anak Orang Asli ini diikat, ditendang guru kerana dituduh mencuri

Murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan, dituduh mencuri wang gurunya. – Gambar ihsan COAC, 30 Jun, 2015.
Murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan, dituduh mencuri wang gurunya. – Gambar ihsan COAC, 30 Jun, 2015.

Seorang murid dari suku kaum Temiar didakwa diikat, ditendang dan dipukul beberapa orang gurunya selepas dituduh mencuri wang salah seorang daripada mereka, kata Dr Colin Nicholas, penyelaras Centre of Orang Asli Concerns (COAC), sebuah kumpulan sokongan Orang Asli.

Akibat kejadian itu, murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kuala Betis di Gua Musang, Kelantan itu mengalami lebam di wajahnya, lengan dan paha.

"Dia dituduh mencuri. Kami tidak tahu jika ia benar tetapi kalau benar pun, ini bukan cara yang betul mengendalikannya," kata Nicholas dalam posting di laman Facebook COAC.

Beliau juga telah mencatatkan tentang kejadian pada COAC Facebook halaman.
Sumber polis, bagaimanapun, mengesahkan kes itu kepada The Malaysian Insider, mengatakan insiden tersebut berlaku dan ia kini disiasat.

Nicholas berkata kes itu terjadi pada 15 Jun tetapi tidak tahu jika tindakan sudah diambil terhadap guru yang terlibat.

Bagaimanapun, terdapat cubaan mendesak keluarga mangsa menarik balik laporan mereka yang dibuat oleh nenek mangsa di Balai Polis Daerah Gua Musang pada 27 Jun.

"Saya diberitahu yang guru tersebut masih mengajar di sekolah itu. Guru besar ada datang melawat tetapi meminta keluarga itu menarik balik laporan mereka dan membenarkan sekolah menangani isu itu secara dalaman. Mana boleh buat begini?" kata Nicholas.

Beliau berkata, COAC juga membuat laporan semalam selepas menerima maklumat mengatakan seorang "orang tengah" didakwa meminta keluarga itu menarik balik laporan mereka bagi pihak salah seorang guru, atau mereka akan terima akibatnya.

Individu itu didakwa memberitahu keluarga itu yang guru berkenaan boleh menyusahkan hidup mereka kerana dia mempunyai hubungan dengan polis.

The Malaysian Insider sedang cuba menghubungi sekolah terbabit dan juga pihak polis Kelantan dan Jabatan Kebajikan Orang Asli mengenai kes itu.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: