Datuk Seri Najib Razak digesa menjawab dakwaan terkini media antarabangsa Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan dana 1MDB dengan akaun bank perdana menteri.
“Pendedahan WSJ dan Sarawak Report yang mengaitkan Najib dalam skandal terkini melibatkan 1MDB amat mengejutkan,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Batu Jimmy Puah.
“Jika laporan ini betul, Najib boleh jadi perdana menteri pertama dalam sejarah Malaysia yang disiasat, dituduh dan disabitkan pecah amanah (CBT) atau kesalahan bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009”
Beliau yang juga timbalan pengerusi PKR Johor berkata agak mengecewakan apabila dokumen berkaitan dalam isu itu dikatakan sedang dipegang oleh agensi penguatkuasaan Malaysia.
“Mungkin ini masa paling sesuai untuk peguam negara membuka mulut dalam isu ini,” kata Puah.
WSJ, sebuah media berpengaruh di peringkat global, melaporkan terdapat pergerakan dana hampir AS$700 juta daripada badan dikaitkan dengan 1MDB ke akaun peribadi perdana menteri.
Laman pembocor maklumat Sarawak Report pula melaporkan sebanyak AS$681,999,976 (RM2.6 bilion) dipindahkan daripada danaAbu Dhabi Aabar ke dalam akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur pada bulan Mac 2013, dua bulan sebelum pilihan raya umum pada 5 Mei 2013.
-malaysiakini-
1 ulasan:
Tak boleh saman punya, aku 100% tak saman Najib. 1 sebab, siapa Maharaja Malaysia skrg? Mestilah Si Rosmah, is3 Najib. Siapa tak kenal dgn garangnya, nak pakai kasut pun kalau terhegeh2hegeh kena terajang! Kamu apa tahu macai UMNO?
Catat Ulasan