Tranungkite
Seorang anggota polis trafik cedera parah selepas dirempuh seorang penunggang motosikal yang dipercayai Mat Rempit di Pulau Kambing Kuala Terengganu semalam.
Kejadian yang berlaku jam 5 petang itu telah mengakibatkan mangsa telah dilanggar secara tiba-tiba dan mengalami pendarahan di kepala dan badan serta dilaporkan dalam keadaan koma di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Menutut sumber, punca kejadian disebabkan suspek cuba melanggar sekatan jalan raya di jalan Pulau Kambing itu kerana tiada lesen memandu dan cukai jalan motosikal.
Suspek berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk diambil keterangan dan tindakan susulan. -z
Suspek rempuh polis.
Polis terbaring atas jalan selepas dilanggar Mat Rempit.
1 ulasan:
Naya sungguh anak bini polis tu...
Catat Ulasan