"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bukti Gerakan YB Jidin Jatuhkan MB Terengganu Didedahkan?

Tranungkite

Dendam boleh membinasa. Begitu juga dengan kerakusan cita-cita peribadi. Bila dendam disulami dengan kerakusan nafsu peribadi, akhirnya ia lebih memudaratkan kerajaan dan rakyat.

Memetik sebuah blog Guano Pulok, terdapat gerakan sulit untuk menjatuhkan Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Haji Ahmad Razif Bin Abd Rahman.

Blog tersebut membongkar rangkaian whatapps group yang di dedahkan kononnya terdapat perancangan untuk menukar Menteri Besar. Tambah sumber itu lagi, terdapat Adun yang juga merupakan exco Terengganu turut menghasut ahli kumpulan ‘whatapps’ tersebut. Mereka mula memasang angan-angan bakal dilantik menjawat jawatan penting sekiranya YB Dato’ Mat Jidin berjaya menjadi Menteri Besar.

Paparan bukti yang ditunjukkan di dalam blog berkenaan menjuruskan betapa wujudnya penglibatan Adun bertaraf Exco itu.

Di dalam paparan laman bual aplikasi WhatsApp, Mat Jidin dikatakan cuba memberi harapan pada ahli kumpulan bahawa perubahan besar bakal berlaku pada bulan september ini dan beliau bakal menggantikan MB Razif.

Bukti perbincangan dan strategi untuk menjatuhkan MB Razif yang berbentuk ‘print screen’ itu menjurus kepada mesej berantai dari sahabat baik Exco tersebut, Wan Ahmad Ismail yang dilihat juga cuba menghasut rakan-rakan yang lain di dalam grup yang sama itu.

Wan Ahmad Ismail merupakan mantan Pegawai Tadbir Negeri Terengganu dan kini masih lagi ahli persatuan bekas-bekas pegawai tadbir. Beliau memang terkenal agak lantang bersuara semasa zaman Wan Mokhtar sebagai Menteri Besar.

Sebelum Ahmad Razif menyandang jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said telah memegang jawatan tersebut selama lebih kurang enam tahun. Namun prestasi beliau yang kurang memberangsangkan telah menyebabkan beliau meletakkan jawatan pada Mei 2014 dan digantikan dengan MB Razif.

Proses tersebut sudah tentu secara tidak langsung mencetuskan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi. Oleh itu bukanlah satu perkara yang pelik sekiranya tuduhan yang dilemparkan oleh blog Guano Pulok ini benar.

Timbul persoalan kerana sebelum ini YB Mat Jidin telah membuat pengakuan terbuka bahawa beliau bersama Exco negeri yang lain akan terus menyokong MB Razif demi perpaduan UMNO Negeri Terengganu bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Mat Jidin perlu tampil bagi menjelaskan dakwaan ini.

Tiada ulasan: