"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Amar salahguna kuasa Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) membayar gantirugi sebanyak RM200,000?

Mahkamah arah kolej milik kerajaan Kelantan bayar RM200,000 kepada pegawai dipecat
ZULKIFLI SULONG
Che Ibrahim Mohamed bersama peguamnya di Mahkamah Perusahaan, selepas dianugerah gantirugi, hari ini. – Gambar Facebook The Malaysian Insider, 1 Julai, 2015.
Che Ibrahim Mohamed bersama peguamnya di Mahkamah Perusahaan, selepas dianugerah gantirugi, hari ini. – Gambar Facebook The Malaysian Insider, 1 Julai, 2015.

Mahkamah Perusahaan mengarahkan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) membayar gantirugi sebanyak RM200,000 kepada bekas timbalan pendaftarnya yang dipecat, Che Ibrahim Mohamed.

Hakim Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur, Gulam Muhiaddeen Abdul Aziz yang bersidang di bangunan Perkeso, Kota Baru. memerintahkan Kias, anak syarikat kerajaan negeri Kelantan, membuat pembayaran itu dalam masa 14 hari.

Che Ibrahim merupakan bekas kadi dengan kerajaan negeri Kelantan. Beliau juga timbalan pengerusi PasMa Kelantan dan ketua PAS cawangan Kepala Jambatan, kawasan Tumpat.

Perintah mahkamah itu dikeluarkan susulan tindakan Kias memecat Che Ibrahim berkuatkuasa 1 Februari 2014 lalu melalui surat ditandatangani pengerusinya, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

Mahkamah juga mengarahkan satu testimonial pihak Kias yang memperakukan Che Ibrahim berkhidmat di Kias mulai 1 Januari 2000 hingga 1 Febuari 2014.

"Sepanjang perkhidmatannya di Kias, beliau seorang pegawai yang berkebolehan dalam menjalankan dan melaksanakan tugasan yang diamanahkan oleh pengurusan kolej.

"Pihak Kias mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan beliau di sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut," kata Gulam dalam penghakiman itu.

Che Ibrahim diwakili peguam Raj Kupusamy manakala Kias diwakili Nik Bahrum Nik Abdullah.

Turut hadir di mahkamah ketika keputusan dibacakan adalah ketua pegawai eksekutif Kias, Profesor Abdul Aziz Md Zin.

Pemecatan Che Ibrahim melahirkan penentangan terhadap kerajaan Kelantan yang menyebabkan beliau menunjuk perasaan bersama rakannya serta menyertai PasMa, kumpulan pendesak dalam PAS.

Sementara itu, Che Ibrahim dalam kenyataannya selepas sidang mahkamah itu hari ini berkata, beliau juga mahu Kias memohon maaf kepadanya kerana memalukan beliau.

"Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk membuat satu saman malu di mahkamah sivil jika Kias tidak membuat permohonan maaf kepada saya," kata Che Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Katanya, beliau kini hilang kepercayaan kepada pemimpin PAS yang dilantik menerajui kerajaan negeri hari ini dan juga pemimpin PAS di peringkat pusat.

"Saya mengisytiharkan diri untuk bersama parti baharu yang akan ditubuhkan selepas Hari Raya ini sebagai wadah baharu perjuangan Islam dalam politik negara," katanya.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: