
"Selalunya gadis-gadis popular sahaja yang menang jadi saya sangat terkejut apabila saya yang berhijab menang," kata Abrar Shahin kepada NortJersey.com.
"Impian saya jadi kenyataan," tambah beliau lagi.
Memenangi undian pakaian terbaik di Sekolah Tinggi Clifton, Shahin berazam untuk membetulkan imej fesyen Islam di Amerika Syarikat.
Kemenangan Shahin yang mengenakan skirt hitam dan jeans, kasut but tinggi paras buku lali dan kot putih dalam foto buku tahunan menggambarkan penerima yang semakin baik terhadap hijab di Sekolah Tinggi Amerika.

"Ia adalah satu penghormatan apabila mereka memandang kami sebagai sama sahaja dan tidak hanya melihat kepada hijab," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan