"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fakta menarik Pilihanraya Umum, PAS & UMNO

Hasbie Muda
1. Kuat atau lemah kekuatan politik sesebuah parti politik diukur pada jumlah kerusi yang dimenangi di peringkat parlimen. Di peringkat negeri, ia diukur pada jumlah kerusi DUN yang dimenangi.

2. Pencapaian terbaik PAS adalah pada tahun 1999 apabila menguasai 14% kerusi parlimen (27 daripada 193 kerusi) diikuti tahun 1959 (12.5%) dan 2008 (10.4%). Pencapaian terbaik UMNO pula adalah pada tahun 1964 apabila menguasai 56.7% kerusi parlimen (56 daripada 104 kerusi) diikuti 2005 (53.4%) dan 1959 (49%).

3. Pencapaian terburuk PAS adalah pada tahun 1986 iaitu hanya 0.0056% (1 kerusi) manakala pencapaian terburuk UMNO adalah pada tahun 2008 iaitu hanya 35.5% (79 kerusi).
4. Purata penguasaan UMNO dalam parlimen adalah 43.5% manakala PAS 6.65%. Secara kasarnya UMNO 6.5 kali lebih kuat dari sudut politik.

5. Sejak tahun 1969, UMNO tidak berjaya menguasai majoriti mudah secara sendirian dalam parlimen melainkan pada tahun 2004. Itu pun hanya 50.2%. Bermakna UMNO yang 6.5 kali lebih kuat daripada PAS juga perlu berpakat dengan parti-parti lain untuk memerintah.

6. Tidak ada parti yang mampu memerintah sendirian di Malaysia melainkan keajaiban berlaku dengan izin Allah.
-detikdaily-

Tiada ulasan: