Adam Abu Bakar
PETALING JAYA: Seorang lagi bekas pemimpin Pas secara terbuka menyatakan hasrat untuk menyertai DAP.
Terbaru, bekas Peguam Pas, Zulhazmi Shariff yang keluar dari parti itu pada 15 Jun lalu, dijangka akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat.
Sewaktu dihubungi FMT, dia menyatakan masih belum lagi menyerahkan borang penyertaannya dan tidak menolak kemungkinan ia akan dibuat pada Khamis di Majlis Berbuka Puasa di Sunway Putra anjuran Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Mengulas penyertaannya dalam parti DAP, Zulhazmi yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat turut memberitahu DAP merupakan sebuah parti yang konsisten dengan prinsipnya.
“Di antara parti politik pembangkang yang ada di Malaysia, yang konsisten melawan Barisan Nasional (BN) adalah DAP dan berpegang kepada prinsip.
“Kalau DAP mahukan ketelusan, parti itu akan berusaha untuk menjadi lebih telus, contohnya dari segi ketelusan pentadbiran kerajaan negeri di Pulau Pinang,” terangnya.
Pada masa sama, Zulhazmi menafikan DAP sebagai parti yang menentang dan menindas orang Islam selain merasakan DAP tidak menolak perlaksanaan hukum hudud secara total.
“Saya tidak nampak DAP menentang atau menindas Islam. Walhal, dalam isu hudud sekalipun saya tidak rasa DAP membantahnya, cuma tidak berpuas hati dengan tindakan PAS yang tidak mengikut saluran dan semangat yang betul.
“DAP tidak pernah kata hudud tidak boleh dilaksana, tidak elok atau zalim. Hanya UMNO yang berkata demikian, bahkan, pemimpin DAP hanya menyatakan ia tidak boleh dilaksana kerana melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.
Tidak terhenti di situ, Zulhazmi turut mengakui bahawa penyertaannya ke dalam parti DAP adalah disebabkan rasa kecewanya dengan Pas.
“Pas masih di takuk lama, menganggap hanya mereka sahaja betul dan apa yang dilakukan oleh rakan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) adalah salah,” katanya.
-fmt-
3 ulasan:
aku sokong tindakan zul tu,dari dlm dap tu kita boleh tunjukkan kecantikan islam pada org2 cina di malaysia ini,klu saad abi waqas pi negeri cina boleh islamkan beratus2 juta org cina tapi 6 ke 7 juta org cina datang ke malaysia kenapa tak minat pada islam sebab org melayu berperangai melayu tidak berperangai islam
Syabas zul...
Semangat hang main kuat... Kan dulu aku dah ckp kat kgbaru ayoh Ping tak betul...
Aku Puji Dap ko kata kapir... Memang Dap kapir sebab ayoh Ping Marang tak tarbiah
Skrg ko yg nk tarbiah Dap aku salute.
Aku ajak ko bwk Dap untuk anjur program forum islam dan setersunya ajak Dap sponsor budak tahfiz ke Turkey..
Last mintak Dap tambah lg masjid di gua Musang...
Mungkin lepas ni Dap boleh bantu kami cetak alquran yg jakim gagal...
We luv u Dap
Bila hati dah hitam
Catat Ulasan