"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bakpo PAS jadi gini

Abu Harith Hamzah
FRIDAY, JULY 31, 2015

Bakpo PAS jadi gini

Ada orang hantar... Untuk renungan bersama ..... Salam, sy bukan lah sesiapa pun. Tapi sy ada suatu pandangan yg nk diberikan. Jangan emosi. Baca sampai habis dan fahamkan. Salah silap mohon teguran membina. Bukan nak memuji atau sesuka hati buat kritikan.. Ini lah REALITI !!!!!! PAS ketandusan pelapis yg berwibawa.

Lagi2 lepas wujud kumpulan GHB. PAS sepatutnya cemburu dgn rakan2 kompenannya dlm Pakatan Rakyat. Mungkin sesuai "bekas rakan komponen Pakatan Rakyat", DAP & PKR mempunyai ramai anak muda drpd kalangan ilmuan & teknokrat yg menyertai parti tersebut. Diorg tak tertarik menyertai PAS. Setakat artis menyertai PAS? Tak hairan.

Mintak maaf cakap, setakat mana kelulusan akademik Abby Abadi? Maybe artis2 ni popular tapi apa idea mrk yg boleh kita aplikasikan utk menyelesaikan masalah negara? Setakat hari ni, ramai profesional berduyun-duyun menyertai DAP.

Mengapa DAP? Siapa yg menyertai DAP? Penganalisis politik Ong Kian Ming. Lulusan LSE. Dlm dunia, MIT & LSE telah terbukti menghasilkan manusia2 yg super pintar. Menariknya lagi, DAP terus menyediakan jawatan khas utk beliau berperanan. Blogger Jeff Ooi dulu pun mcm tu jugak. Masuk DAP terus dapat jawatan. Zairil Khir Johari masuk DAP juga terus diberi jawatan menjadi Setiausaha Politik kpd Lim Guan Eng. Saing yg masuk DAP sekali dgn Kian Ming, Bee Ying pun turut diberi ruang utk berperanan sbg jurukempen media sosial DAP. Mereka2 yg cerdik menyertai DAP tidak disia-siakan keupayaan serta kebolehan mereka dlm bidang masing2. Bila PAS direzekikan menerima kemasukan org hebat seperti Allahyarham Datuk Fauzi Shaari (bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman) ke dlm partinya, ianya menjadi malang apabila beliau hanya berperanan menjadi ahli biasa shj. PAS mensia-siakan skil & pengalaman berharga beliau. Sepatutnya beliau diberi peranan besar dlm parti PAS. Jadi think tank atau pemikir polisi bg PAS misalnya. Atau diserap ke dlm PPP iaitu Pusat Penyelidikan PAS. Tapi mcm biasa beliau hanya diusung utk memberi ceramah politik shj. Ini artis masuk PAS dibawa ke hulu ke hilir jadi penceramah. Sepatutnya diorg boleh dilantik sbg agen propaganda PAS yg berkesan dlm youtube misalnya. Atau buat filem dakwah yg patuh syariah. Eksploitasikan artis2 tersebut pada tmpt yg betul. Pernah teringat dulu bila Eddy Gordo sebut pemimpin politik harus dilantik drpd kalangan peniaga/usahawan. Aku terus setuju. Sbb diorg ada pengalaman memimpin. Ini lantik org makan gaji utk memimpin. Macam susah organisasi politik tersebut nk pergi jauh. Tony Pua adalah usahawan ICT yg berjaya sblm menyertai DAP. Bila join DAP, beliau menjadi aset kpd parti politik tersebut. Lantas menjadi inspirasi kpd anak-anak muda di luar sana utk menyertai DAP. Tgk Tony Pua melawan kjaan dgn fact & figure. Bukan dgn maki hamun atas pentas ceramah mcm "sesetengah" pemimpin PAS.

Walaupun ramai yg mengkritik Anwar, tetapi ada jugak pekara yg patut kita puji Anwar. Antaranya Anwar cepat bawak naik anak2 muda pintar yg mempunyai latar belakang akademik yg bagus utk menjadi pemimpin PKR. Terutama sekali geng2 yg dikenali sbg budak ofis Anwar. Nik Nazmi, Sim Tze Tzin, Yusmadi dan ramai lagi. Bila Rafizi berhenti kerja dan terlibat sepenuhnya dgn politik, Anwar sanggup create satu jawatan khas iaitu Pengarah Strategi PKR utk diisi beliau lalu memudahkan beliau berperanan dlm PKR. Anwar bg satu pengiktirafan kpd golongan cerdik pandai utk memimpin. Bab ni kita tabik Anwar. Kalau Rafizi masuk PAS mungkin malam ni dia akan pegang torchlight jaga parking & lalulintas masuk ke kawasan ceramah bersama muka perasan hensem krn berbangga memakai baju uniform Unit Amal.

Huhuu.
Cuba tgk Dewan Pemuda PAS skrng, beku dan jumud. Lebih dikenali publik sbg tukang haram konsert & Valentine's Day. Dewan Pemuda & Dewan Ulamak dah jadi kembar siam. Tak dirasai kehadiran mrk dlm arus perdana politik tanah air. Takde idea atau blueprint nak selesaikan masalah rakyat. Masalah dalaman iaitu gaji guru Tadika PASTI yg amat rendah iaitu dibawah paras kemiskinan tegar pun DPPP masih tak mampu nak setel bai. Idea nak selesai kan isu2 yg lain tak kedengaran. Habis mcm mna? Ramai budak Universiti tak ingin nak join Dewan Pemuda PAS sebab diorg tahu last2 diorg akan jadi budak gantung bendera serta tidak mahu dipimpin oleh ustaz2 yg perasan pandai dlm dewan tersebut. Sbhgn ustaz2 ni pulak merasakan diorg ni paderi yg berkuasa memberi arahan sesuka hati yg wajib dilaksanakan oleh ahli bawahan. Mcm arahan bos kilang kpd kuli. Takde semangat setiakawan langsung. Tapi mulut berzikir pasal ukhwah. Sudah menjadi rahsia umum iaitu tunggu pemimpin atasan dlm PAS meninggal barulah parti tersebut dapat pemimpin baru.

Faktor ini jugaklah yg membuat ramai ilmuan tawar hati lalu menjauhkan diri drpd PAS. Ustaz2 muda yg cerdik dan pandai sudah tidak berahi & minat nak join politik krn PAS sudah hilang tarikan. Mereka lebih berminat menjadi third force. PAS dilihat lebih mementingkan aspek senioriti berbanding merit utk menjadi pemimpin dlm parti.

Tak rugi memberi peluang kpd anak-anak muda utk memimpin. Jadi jgn menyesal bila fenomena 'Brain Drain' sedang parah berlaku dlm parti PAS pada waktu ini. Manusia cerdik & berkualiti semakin hari semakin menjauhkan dirinya meninggalkan PAS. Atau situasi ini mmg sengaja dibiarkan demi mengekalkan ustaz2 ini utk terus berkuasa memimpin PAS tanpa diganggu-gugat oleh mereka yg pandai lagi berkualiti? Itu pasal kita tengok Najib lagi takut dgn Anwar drpd Tuan Guru Hj Hadi.

Sekian sudut pandang dr seorang otai parti masa kini. Sy yakin, ramai berpendapat yg sama mcm sy. Maaf jika ada yg terasa. Peace No War

5 ulasan:

Asrul Sani berkata...

Nampaknya slogan PAS ganti UMNO benar-benar menjadi kenyataan. Cara pimpinan PAS berpolitik kotor bagi memegang kuasa mengalahkan kejahatan UMNO. Golongan cerdik pandai dalam PAS secara "systematically" disingkirkan dan dilabel sebagai pengkhianat dan sebagainya tanpa menghargai jasa-jasa mereka terhadap PAS sewaktu ustaz-ustaz muda ini masih belum tahu mengesat hingus lagi. Kini yang tinggal di dalam PAS sebagai kumpulan pimimpin pelapis adalah ustaz-uztaz yang tak mampu berdebat secara ilmiah mengenai isu-isu semasa yang memberi kesan ke atas kehidupan rakyat, jauh sekali dari mempamirkan ciri-ciri kepimpinan yang diperlukan oleh sebuah negara yang sedang berada di keadaan genting meniti kegawatan ekonomi serta kejatuhan nilai matawang...apatah lagi memiliki kekuatan akal yang dapat membawa negara mengharungi cabaran globalisasi merentas sempadan.


Jika Hadi padam...golongan ini akan jadi seperti ayam kehilangan ibu....

IrWrWs berkata...

Maaf tuan.. saya rasa tuan amat silap dgn apa yg tuan nampak.. Tapi pastinya tuan TAK NAMPAK atau BUAT2 TAK NAMPAK..

Tuan x sedarkah yg kepimpinan baru kini terdiri dari ramai ustaz2 muda yg dilihat lebih berani dalam membantah si kafir yg menghentam hudud. Kami x terhingin langsung mengekalkan kepimpinan lama yg lebih patuh kpd kepimpinan parti lain berbanding kepimpinan parti sendiri .. inilah budaya baru yg cuba dibawa oleh kepimpinan lama perasan bijak yakni budaya X ADA ADAB DLM BERJEMAAH..

Kami di akar umbi x nampak langsung di mana bijaksananya bila menyokong pendapat si kafir menghentam hudud.. sekali lagi maaf, kami memang x nampak.. Sekian..

Abdul Said berkata...

Saya cuba kaitkan apa yang dikatakan oleh Saudara Abu dengan keadaan ditempat saya. Ada benarnya. Anak-anak muda yang ada kelulusan memang tidak berminat untuk menyertai PAS. Saya tahu beberapa anak-anak muda ini yang sering ke masjid. Namun bila ustaz-ustaz kalangan PAS berceramah anak-anak muda ini senyap-senyap meninggalkan masjid. Mereka akan kembali bila azan berkumandang. Dahulu saya pening memikirkan sikap mereka, kini semuanya sudah terjawab!!

Unknown berkata...

Asal PAS semua buruk tapi DAP , PKR semua bagus hehehehe sekarang dunia punya hal , akhir belakang kira ingat dunialah yang menentukan akhirat kamu.

Benbrahem berkata...

Lihat saja perbahasan di parlimen. Diam menikus. Kalau ada pun entah apa2 yang dicakapkan. Tapi MP Pas professional ada 'class'. Sayangnya mereka dihalau dengan cai...