"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Usaha menyingkir Muhyiddin dari Umno bukan semudah disangka

Hazlan Zakaria
Selepas disingkir daripada barisan Kabinet, segelintir pihak kini menggesa agar Muhyiddin Yassin disingkirkan daripada parti Umno pula.Namun persoalannya ialah mampukan Perdana Menteri Najib Razak berbuat demikian?

Sudah tentu penyokong Najib menganggap Muhyiddin keras kepala kerana enggan akur dengan arahan perdana menteri agar tidak membuat kenyataan tentang skandal 1MDB. Ia juga mungkin menunjukkan sikap beliau terhadap dasar dasar kerajaan.

Muhyiddn dilihat berada di pihak bertentangan di dalam pelbagai dasar, salah satunya ialah apabila beliau berkata, “Pertama sekali, saya Melayu, dan kemudian rakyat Malaysia,” sedangkan Najib pula melaungkan slogan 1Malaysia.
Ironinya, tindakan Muhyiddin yang tentu sekali menyebabkan kejatuhan bagi orang lain, telah menaikkan namanya di kalangan ahli parti Umno dan mungkin ini menyebabkan usaha menyingkirnya daripada parti Melayu itu jauh lebih sukar.

Bekas menteri Zainuddin Maidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa Najib perlu menyingkir Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden parti bagi mengelakkan usaha menumbangkannya yang mungkin sedang diusahakan Muhyiddin.

Zainuddin berpendapat bahawa timbalan presiden itu memiliki pengaruh bagi mengucar kacirkan Umno.

Tambahnya, Muhyiddin selaku timbalan presiden mampu membawa usul perhimpunan tergempar dengan sokongan dua pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli majlis tertinggi.

Ya, mungkin benar Muhyiddin memiliki sokongan daripada segelintir ahli, terutama mereka yang menyokong mantan PM Mahathir Mohamad.

Mungkin usul tersebut sedang dipertimbangkan dan akhirnya salah seorang akan tumbang kerananya.

Sekiranya mesyuarat tergempar diadakan, ia boleh digunakan bagi membangkitkan pelbagai isu termasuk mencabar Najib.

Dalam pada itu, Zainuddin berpandangan Muhyiddin yang mempengerusikan jawatankuasa pengurusan parti memiliki kuasa ke atas hal ehwal parti.

Lantas Najib harus gusar dengan pengaruh Muhyiddin walaupun sekiranya ahli politik kelahiran Johor itu tidak mampu menumbangkan Najib.

Namun ianya tidak dapat dilakukan tanpa mesyuarat Majlis Tertinggi atau pemilihan parti, yang telah dibatalkan Najib dengan alasan bagi mengelakkan perbalahan.

Muhyiddin kini tiada saluran bagi membawa usul tidak percaya ke atas Perdana Menteri yang juga presiden parti.

Apa-apapun, beliau telah menyuarakan kesetiaannya kepada Najib dan berkata akan terus berkhidmat kepada parti. Para pengikutnya telah digesa tidak melakukan sebarang perkara yang mampu menggoyahkan kedudukan Umno.

Atau adakah juga janji kesetiaan itu menyembunyikan ancaman bahawa para penyokongnya mampu melakukam kekacauan?

Kini samada ia baik atau sebaliknya, mampukan Najib menyingkirkan Muhyiddin?

Ramai berpendapat Muhyiddin bukan seperti Anwar Ibrahim kerana beliau tidak ramai pengikut di kalangan rakyat biasa dan kurang daya tarikan ke atas ahli-ahli politik lain sebagaimana Anwar.

Tentu sukar bagi Muhyiddin menggerakkan hampir separuh rakyat Malaysia bagi melakukan protes sekiranya beliau disingkirkan. Malah mungkin sukar baginya mendapatkan sokongan di dalam Umno sendiri.

Namun perlu disedari bahawa Najib juga bukan sehebat Mahathir yang mempunyai cengkaman kuat dan berani bertindak. Kerana itulah Umno dilanda masalah di era Najib hari ini.

Dalam pada itu, Najib tentu sedar bahawa penyokongnya hanya mengharapkan habuan darinya dan bukan taat setia dalam erti kata sebenar.

Langkahnya menaikkan pemimpin yang lebih junior serta tokoh tokoh lama juga menyebabkan beliau kurang disenangi pemimpin veteran parti, tambahan lagi dengan caranya mengenepikan sesetengah pemimpin seperti Ahmad Said dan Muhyiddin

Jadi sekiranya beliau cuba menyingkir Muhyiddin daripada parti, kemungkinan Najib akan berdepan penentangan dari dalam Umno.

Kerana itulah juga beliau menangguhkan mesyuarat majlis tertinggi Umno baru-baru ini.

Kini beliau seakan tersepit kerana kegagalannya menjatuhkan Muhyiddin di dalam parti akan membawa kepada masalah lebih besar kepada Umno.

Komen dan cadangan dapat disampaikan kepada penulis di hazlan@hckmedia.com

1 ulasan:

Istiqomah berkata...

Susah apa bang. Najib duit ada bilion. Umno cuma boleh hidup dengan duit. Bagi sekupang dua tinggallah TSMY. Nak jadi pendekar dalam umno kena duit bukannya kekuatan.