"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hadi dah jadi penjilat Najib?

Hadi dakwa Bajet 2016 mampu sejahtera rakyat, walau tak patuh syariat

Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, secara keseluruhannya, beliau melihat Bajet 2016 lebih kepada menyusahkan rakyat dan menyenangkan kerajaan.

PAS melihat kandungan Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pada 23 Oktober lalu mampu mensejahterakan rakyat, namun terdapat beberapa perkara yang tidak mematuhi prinsip syariat Islam, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu bagaimanapun berkata, secara keseluruhannya, beliau melihat Bajet 2016 yang bertemakan "mensejahtera kehidupan rakyat" itu lebih kepada menyusahkan rakyat dan menyenangkan kerajaan.

"Secara keseluruhannya PAS melihat kandungan Bajet 2016 ini merangkumi kesemua elemen penting bagi pembangunan negara. PAS memperakui terdapat beberapa elemen bajet yang mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat.

"Bagaimanapun, PAS melihat terdapat ketidakpatuhan kepada prinsip syariat Islam yang agak ketara terutamanya dalam pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST )yang mengenakan cukai kepada golongan fakir dan miskin, justeru bajet ini dilihat sebagai 'bajet menyenangkan kerajaan tetapi menyusahkan rakyat'," katanya, dalam kenyataannya hari ini.

Hadi berkata, PAS juga mendapati wujud sekurang-kurangnya 2 aspek besar pengurusan ekonomi negara yang sebenarnya boleh ditangani secara lebih berkesan, iaitu aspek kejatuhan nilai ringgit, dan aspek kos sara hidup rakyat.

"Bagi tujuan mengelakkan perlanggaran prinsip-prinsip syariat Islam di dalam Bajet 2016, PAS sebagai sebuah parti Islam yang bertanggungjawab, mengusulkan cadangan-cadangan penyelesaian kepada 3 masalah utama yang dikemukakan Bajet 2016 melalui penyelesaian kepada masalah kejatuhan harga petroleum dan kesilapan kerajaan Malaysia bergantung kepada GST sebagai sumber alternatif pendapatan negara.

"Antaranya adalah pengenalan cukai atas simpanan syarikat dan korporat dan cukai perdagangan saham di Bursa Malaysia.

"Penyelesaian kepada masalah kejatuhan mata wang ringgit dan kesannya kepada perbelanjaan negara dan rakyat melalui penggantian import untuk tempoh terhad dan penelitian semula kontrak kerajaan," katanya.

Hadi berkata, penyelesaian kepada masalah kenaikan kos hidup rakyat, iaitu secara lebih khusus kemelut berkaitan pemilikan rumah yang dihadapi oleh sebahagian besar masyarakat adalah melalui pemberian elaun kos sara hidup (Cola) oleh majikan swasta dan projek “Mampu Memiliki Rumah”.

"Butiran lebih terperinci pelaksanaan cadangan ini terdapat dalam dokumen yang akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia dan diumumkan kemudiannya kepada rakyat," kata Hadi.
-malaysianinsider-

1 ulasan:

Unknown berkata...

Hahahaha..... Raja- raja punya nasihat pun najib tak peduli... Inikan hadi and the gang..... Mimpi siang harilahhhhh