"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Inilah 'Ustaz Kasanova' kahwin 13 wanita yang diburu oleh Jawi


KUALA LUMPUR: Jawatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memburu seorang lelaki yang menyamar sebagai ustaz kerana kesalahan kes nikah sindiket, perkahwinan tidak mengikut syarak dan mempunyai anak luar nikah.

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata, lelaki itu yang terkenal dengan gelaran ‘ustaz kasanova’ bernama Mohd. Razis Ismail lebih dan berumur 33 tahun.


Katanya, lelaki itu berpura-pura alim tetapi sebenarnya seorang gila seks dan telah berkahwin dengan 13 wanita yang kebanyakkannya pelajar universiti dan janda kaya menjadi mangsa.


Paimuzi berkata, lelaki berkenaan menggoda mangsa dengan mendakwa dia lepasan sekolah tahfiz dan masih bujang serta menggunakan gelaran ‘ustaz Arrozi Abd. Rahman’ dan ‘Ibnu Ar Razi’.


Katanya, JAWI telah menahan suspek pada 8 November 2012 di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tujuan siasatan lanjut kerana disyaki kesalahan pernikahan sindiket dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.


Bagaimanapun suspek gagal hadir untuk proses menyambung jaminan pada 29 Oktober 2015 selepas salah seorang daripada isterinya ditahan di bawah Seksyen 23 (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Akta 559) bagi kesalahan persetubuhan luar nikah.


Siasatan mendapati bahawa suspek telah bersekedudukan dengan wanita berkenaan dari tahun 2012 hingga tahun ini dan mempunyai dua anak luar nikah.


JAWI memohon sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Ustaz Kasanova itu supayamenghubungi pegawai penyiasat JAWI, Farah Wahida Zulkiflee di talian 011-32961821 atau talian bebas tol 1-800-88-1771.
-fmt-

1 ulasan:

Tinta.Muallimah berkata...

ini bukan ostat, ini bastat.