"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Seperti yang dijangka PAS keluarkan larangan debat Mustafa-Husam

Walaupun Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali dan ADUN Salor Datuk Husam Musa bersedia untuk berdebat, namun hasrat mereka untuk berbuat demikian tidak kesampaian.

Ini kerana, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS melarang sebarang debat atau dialog yang dibuat di luar parti.

"Kita tak mahu sebarang debat dan dialog di luar parti. Kita tidak akan benarkan mana-mana pihak menganjurkan debat antara mereka.

"Ini adalah arahan gag order yang dikenakan kepada semua melibatkan pimpinan termasuk Husam, Mustafa Ali dan penganjur," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Mustafa menyambut baik hasrat Datuk Husam Musa yang menyahut cadangannya berdebat mengenai isu kepimpinan PAS mahu bergabung dengan Umno sejak pilihan raya umum 2008.

Enggan menjawab tuduhan daripada jauh, Mustafa berkata kedua-dua pihak bersetuju majlis 'bersemuka' itu diadakan di Kota Bharu tetapi akan menetapkan tarikh dan masa selepas dipersetujui kedua-dua pihak.

"Terima kasih kepada Datuk Husam Musa kerana menyambut baik cadangan saya supaya diadakan majlis bersemuka untuk meleraikan beberapa kenyataan dan tuduhan beliau terhadap pimpinan PAS sebagaimana yang diketahui umum.

"Sebagaimana yang telah ditegaskan, saya tidak akan mejawab segala tuduhan ini dari jauh, sebab itulah majlis bersemuka ini dicadangkan.

"Beliau meminta saya mencadangkan tajuk dan tarikh majlis ini. Tajuknya ialah mengenai tuduhan beliau bahawa presiden PAS sejak pilihan raya umum ke-12 pada 2008 telah berusaha untuk membawa PAS bersatu dan bergabung dengan Umno," katanya.

Semalam Husam yang juga ADUN Salor bersedia berdebat secara terbuka dengan Mustafa bagi membuktikan terdapat pertemuan antara PAS dan Umno pada 2008.

Dalam kenyataannya, Mustafa berkata mereka juga perlu mencari penganjur memandangkan Husam menolak cadangan Pemuda PAS Kelantan untuk berbuat demikian,

"Kita akan melihat cadangan dan tawaran lain yang sesuai dan boleh dipersetujui bersama. Demikian juga moderator, perlulah seorang tokoh yang boleh diterima dan dipersetujui bersama," ujarnya lagi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: