"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Lagi 'pembaziran' Yapeim didedahkan

SUNGAI BESI: Tidak gentar dengan tindakan saman ke atasnya, Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (Now), Akmal Nasir hari ini mendakwa wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) turut dibelanjakan untuk satu program di Australia.

Melalui satu sidang media yang diadakan di Pejabat Now pagi ini, Akmal mendakwa pihaknya telah menerima satu lagi dokumen yang menunjukkan bahawa dana Yapeim telah digunakan untuk program di Brisbane, Sydney dan Melbourne, Australia.

Akmal berkata, program yang berlangsung pada 16 April hingga 26 April 2014 itu diberi nama 'Promoting Islamic Values In Multi Culture: Future & Challenges' yang melibatkan jumlah peserta seramai 50 hingga 70 orang.

Dakwa Akmal, terdapat empat agensi Yapeim terlibat untuk menjayakan program berkenaan termasuk Yayaaan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin); Yapeim; Institut Penyelidikan dan Perundingan Yapeim ( Input) serta Ar-Rahnu.

"Berdasarkan dokumen 'Anggaran Perbelanjaan dan Agihan Mengikut Agensi Program Kembara Santun 2014' pembiayaan melalui Pemangkin adalah sejumlah RM73, 000; Yapeim RM106, 840; Input RM25, 215 dan Ar-Rahnu RM12, 650 iaitu melibatkan anggaran keseluruhan perbelanjaan sebanuak RM218, 505," katanya.

Dalam sidang media berkenaan, Akmal turut melampirkan satu salinan surat tuntutan kos bagi menjayakan program berkenaan yang dialamatkan atas nama Ketua Pengarah Yapeim bertarikh 10 April 2014 dan dicop dibayar pada 27 November 2014.

Sementara itu ketika ditanya adakah beliau telah melantik peguam selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom memfailkan saman terhadapnya berhubung pendedahan sebelum ini, Akmal berkata beliau belum melantik peguam secara rasmi.

"Isu saman adalah perkara lain. Menjadi hak Datuk Seri Jamil untuk membersihkan namanya.

"Dalam pendedahan ini, saya hanyalah pemberi maklumat dan persoalan-persoalan yang dikemukakan adalah demi kepentingan orang ramai," katanya.

Dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini, Akmal mendakwa dana Yapeim digunakan untuk program di Amerika Syarikat dan Perancis.

Berikutan dakwaannya itu, Jamil Khir bertindak memfailkan saman terhadapya semalam.
-sinarharian-

Tiada ulasan: