"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Menantu Hadi fikir orang sudah lupa?

zaharudin muhammad
zaharudin muhammad
ULANGSIAR: Pertembungan tiga penjuru di antara PAS dan PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara semasa Pilihan Raya Umum 2013 lalu telah menyebabkan PKR kecewa, kata Nurul Izzah Anwar.

Naib Presiden PKR itu berkata ini adalah kerana PKR tidak melihat PAS sebagai lawan walaupun dalam mana-mana gabungan tentu ada perbezaan pendapat kerana apa yang penting adalah agenda utama untuk menjatuhkan musuh tradisi Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Isu Kota Damansara jika dirujuk pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat (PR) dan sejarahnya jelas PKR memang bertanding di situ.

“Namun apa yang penting bagi PKR adalah meningkatkan komitmen untuk bekerja lebih keras membuat gerak kerja bermula dari sekarang supaya memudahkan PR dalam rundingan yang akan datang untuk mencari keserasian, bersabar dan menganggap ini sebagai cubaan untuk memperbaiki hubungan sesama ahli,” katanya apabila ditemui oleh The Malaysian Insider baru-baru ini.

Akan tetapi Ahli Parlimen Lembah Pantai itu gembira kerana ada suara dalam PAS seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengkritik pengkhianatan parti Islam itu yang meletakkan calon pada saat-saat akhir di Kota Damansara.
Kota damansara
Beliau menegaskan aspirasi parti haruslah sama dengan kehendak pengundi yang mahu masa depan mereka terjamin dan bukan terus-terusan berbicara tentang parti tetapi persoalannya adalah bagaimana kita berkhidmat untuk rakyat. Kota damansara

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini, menantu kepada Datuk Seri Abdu Hadi Awang, Zaharudin Muhammad mempertahankan tindakan PAS meletakkan calon di Kota Damansara, walaupun PR sudah bersetuju kerusi itu milik PKR.

Katanya, kekalahan PR di Kota Damansara bukan disebabkan PAS bertanding malah congakan 7,312 undi yang diperolehi PAS akan pergi kepada PKR adalah kiraan tidak berasas kerana pengundi Kota Damansara bukan pengundi kampung tetapi pengundi berpendidikan yang menilai setiap inci pergerakan calon dan parti.

Sebelum ini, Zaharudin menempelak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dituduh menjadi punca kekalahan PR di Kota Damansara dengan memetik Khalid selaku ketua perunding kerusi di Selangor gagal mengambil kira pandangan PAS Kawasan sehingga berlaku pergolakan parti.

Zaharudin disalahkan kerana kerusi DUN Kota Damansara – sebelum ini disandang oleh Dr Nasir Hashim pada Pilihan Raya 2008 jatuh ke Barisan Nasional (BN) apabila PAS turut sama bertanding melawan calon PKR, Umno dan tiga lagi calon bebas.

Hasilnya calon BN, Halimaton Saadiah mendapat 16,387 undi dan menang dengan majoriti 1527 undi di Kota Damansara mengalahkan kesemua calon yang bertanding.

Jika dihitung undi yang diterima oleh Nasir 14,860 dan calon PAS Rizuan Ismail 7312, dengan mudah calon PR boleh menang besar dengan jumlah 22,172 undi. – TMI / 4 Ogos, 2013
-malaysiastylo-

1 ulasan:

Abdul Said berkata...

Sejarah membuktikan bahawa parti yang memperjuangkan ugama juga boleh belot dan boleh berpaling tadah. Sejarah juga telah membuktikan diMalaysia taraf ilmu ugama tidak menjadi kriteria penting bila kita membezakan antara dua invividu atau dua kelompok manusia.