"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengguna jalan raya terkejut melihat lelaki bertaici atas lampu isyarat


Seorang lelaki membuat senaman taici di atas palang lampu isyarat di Suzhou, China baru-baru ini.

Tindakan lelaki berusia 51 tahun ini menyebabkan pengguna jalan raya di bandar itu terkejut selepas melihat lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut dilihat berdiri dan membuat gerakkan taici di atas palang lampu isyarat di satu persimpangan yang sibuk di bandar itu.

Kelakuan lelaki tersebut menyebabkan keadaan lalu lintas di jalan raya berkenaan sesak teruk selepas ramai pemandu merakamkan aksinya.

Lelaki itu memberitahu, sebelum kejadian dia mengambil terlalu banyak minuman keras kerana kecewa selepas gagal mencari pekerjaan.

Dia dilaporkan membuat aksi berbahaya itu selama beberapa minit sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

Anggota bomba telah memujuk lelaki itu untuk turun tetapi dia enggan.

Selepas anggota bomba mengeluarkan tangga, lelaki itu kemudian bersetuju untuk turun dengan menggelungsur di tiang lampu isyarat berkenaan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: