"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Amanah terima Husam jika disingkir PAS

Parti Amanah Negara (Amanah) sedia terima Datuk Husam Musa jika bekas naib presiden PAS itu digugurkan daripada partinya, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini. 

Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menerima penyertaan Datuk Husam Musa ke dalam parti itu sekiranya bekas naib presiden PAS itu digugurkan daripada partinya, kata Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Tahir hari ini.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan penyertaan Husam yang dianggap aset dan berpengaruh dalam arena politik sejak zaman bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi.

"Sebelum ini apabila wujudkan parti ini (Amanah), dan beliau (Husam) memilih untuk kekal, kami hormat sikap beliau.

"Namun, sekiranya beliau memohon untuk menyertai kami, kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan," kata Anuar pada satu sidang media di ibu pejabat Amanah di Wisma Amanah, Kuala Lumpur.
Katanya, keputusan untuk menyertai Amanah terletak di tangan Husam dan pihaknya tidak boleh memaksa beliau mengambil tindakan itu.

"Sekarang ini, kalau tidak muat kereta kancil, lori besar kita sediakan. Kalau dia mahu. Itu hak beliau. Kita tak boleh paksa siapa pun sekarang ini untuk sertai Amanah," katanya.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: