"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerani sekolah mati dijerut

FMT Reporters
kerani-mati-din=bunuh
PETALING JAYA: Seorang ibu kepada bayi lelaki berumur 11 bulan dibunuh kejam dengan kepalanya dijerut dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Sungai Terap, Muar.

Mangsa, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, Muar, ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik di rumahnya.

Mayat mangsa ditemui oleh polis yang masuk ke dalam rumah untuk membuat pemeriksaan selepas menerima aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu berlaku apabila mangsa tidak keluar rumah.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira jam 7 malam pada Isnin.

Jiran mengesyaki sesuatu buruk berlaku mendapati enjin kereta milik mangsa tidak dimatikan manakala pintu kereta bahagian pemandu terbuka.

Harian Metro melaporkan mangsa dipercayai turut dirogol dan barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri serta telefon bimbit didapati hilang.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa belum disahkan dirogol.

Tiada ulasan: