"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Gambar suspek utama serangan Paris

FMT Reporters
salah-abdusalem
PETALING JAYA: Salah Abdeslam, 26, dikenal pasti pihak berkuasa Perancis sebagai suspek utama insiden serangan bom dan pembunuhan di negara itu.

Menurut laporan BBC, suspek dipercayai berjaya melepasi sempadan negara itu dan memasuki Belgium pada Sabtu lalu.

Dia sebelum itu telah berhenti untuk pemeriksaan bersama dua yang lain dilepaskan selepas disiasat.

Bagaimanapun petunjuk baru yang diperolehi pasukan keselamatan negara itu menunjukkan dia mempunyai kaitan dengan kereta yang dijumpai berhampiran dewan Stade de France, lokasi serangan bom yang mengorbankan 89 nyawa.

Susulan maklumat terbaru itu, Paris mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya menjauhi suspek kerana dia amat berbahaya.

Usaha besar-besaran telah digerakkan bersama pihak berkuasa Belgium untuk memburu lelaki berkenaan.

Setakat ini pihak berkuasa negara itu telah menahan tujuh suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan yang telah mengorban 129 nyawa.

Tiada ulasan: