PETALING JAYA: Satu kepala yang terputus dari badan dipercayai milik tebusan rakyat Malaysia, Bernard Then dijumpai berhampiran bangunan majlis perbandaran di Pulau Jolo pada Selasa malam, demikian menurut pegawai polis di selatan Filipina.
Ketua Polis Jolo, Major Junpikar Sitin memberitahu The Star bahawa seorang pekerja pembersihan menjumpai satu kepala di dalam karung dengan tulisan "Bernard Then Ted Fen" di Marina Street di Jolo kira-kira pukul 8.30 malam Selasa.
Beliau berkata mereka segera mengepung kawasan itu dan kemudiannya mengambil kepala berkenaan untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 10.30 malam.
"Kita telah menyerahkan kepala itu kepada pasukan petugas tentera untuk ujian pemeliharaan dan DNA," katanya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memberitahu mengapa jurutera kelahiran Sarawak berusia 39 tahun itu dihukum sedangkan rundingan pembebasannya sedang berlangsung.
"Kami masih menyiasat," katanya sambil menambah bahawa hanya ujian DNA dapat menentukan kematian Then.
-mstar-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan