"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Tetap ceria walaupun tanpa tempurung kepala (Gambar)


Kuala Lumpur: Dulunya dia seorang pelajar yang aktif, ceria dan berdisiplin, namun kemalangan yang menimpa sehingga menyebabkan dia kehilangan sebahagian tempurung kepala mengubah hidupnya.

Muhammad Ammar Jawwad Md Bokhari, 17, terbabit kemalangan ketika menaiki motosikal April tahun lalu mengakibatkan sebahagian tempurung kiri kepalanya dibuang.

Walaupun terlantar, dia masih mampu tersenyum sehingga kisahnya menjadi viral di media sosial apabila seorang rakan ibunya memuat naik status di akaun Facebook (FB).

Status Muhammad Ammar dikongsi lebih 8,000 pengguna aplikasi itu.

Dalam kejadian berkenaan, remaja terbabit meminjam motosikal gurunya untuk ke kedai mengambil jubah sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal lain di hadapan Sekolah Menengah Islam Taman Binjai di Kota Bharu, Kelantan mengakibatkan dia koma selama enam bulan.
-hmetro-

Tiada ulasan: