"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mufti Perlis 'pelik' lihat Zamihan

 Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau berasa pelik apabila pegawai agama Kementerian Dalam Negeri Zamihan Mat Zin mendakwa dia belum mendapat maklumat mengenai program dialog di Shah Alam pada 17 Februari ini.

Menulis di Facebooknya Mufti Perlis itu berkata Zamihan bertemu dengan setiausaha sulit Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim selepas tarikh awal dialog antara kedua-dua mereka pada 10 Februari lalu gagal dijalankan.

Kata Mohd Asri, pada 10 Februari lalu Zamihan tidak dapat hadir atas alasan mempunyai program sendiri bertemu banduan di Machang Kelantan.

"Shahidan mencari tarikh lain sebagai satu lagi peluang berdiskusi. UZMZ (Ustaz Zamihan Mat Zain) sendiri datang berbincang (dengan) setiausaha sulit DSSK (Datuk Seri Shahidan Kassim).

"Beliau bersetuju dengan tarikh baru iaitu 17 Februari dan syarat-syarat yang ditetapkan. Malah difahamkan beliau menurunkan tandatangan persetujuan atas kertas perbincangan.
"Peliknya, pihak Zamihan (gambar) tiba-tiba menyatakan tidak mendapat jemputan. Lebih daripada itu, beliau menyatakan program hendaklah mendapat persetujuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (timbalan perdana menteri yang juga menteri dalam negeri).

"Beberapa syarat baru timbul. Kelihatan seakan kemungkinan tidak hadir di pihak beliau itu jelas," tulis Mohd Asri.

Zamihan dilihat menjadi pengkritik lantang Mohd Asri dan dalam salah satu ceramahnya beliau menyatakan kesediaan berdebat dengan mufti berkenaan.

Buka, tutup tetap sedia

Dalam kemas kini status Zamihan di Facebook tengah hari ini Zamihan "menegas" dan "memaklumkan buat yang ke-1000 kalinya" beliau berbesar hati dan bersedia menyertai diskusi Ilmiah dianjurkan Shahidan kassim.

"Walaupun sehingga hari ini format detail diskusi ilmiah terus menjadi misteri, surat jemputan rasmi juga belum saya terima, saya tetap bersedia dan bersemangat utk diskusi ilmiah kerana tidak bimbang apabila kita di pihak yang benar.
"sama ada terbuka atau tertutup juga saya berikan penganjur buat keputusan. Masa dan tarikh serta tempat juga saya berikan penganjur buat keputusan kerana alhamdulillah biro penyelidikan Aswaja sudah menyediakan materi diskusi yg sangat solid dan mantap," katanya.

Pada 12 Februari lalu Zamihan juga mendakwa "berbesar hati" untuk menghadiri diskusi ilmiah di Shah Alam esok yang diadakan "sama ada terbuka atau tertutup".
"Untuk pengetahuan semua. Walaupun Datuk Seri Shahidan dah update status Facebook beliau berkenaan diskusi ilmiah ini, namun saya masih belum menerima apa-apa surat jemputan sehingga ke saat ini.

"Saya harap dapat buat surat jemputan siap format, tempat, masa dan moderator sekali. Mohon dihantar kepada boss saya Menteri Dalam Negeri merangkap YAB Tim Perdana Menteri.

"Sehingga ke hari...masih tidak jelas siapa moderator, format dan tempatnya. Seakan ada muslihat yang tersembunyi.

"Biarlah ada hitam putih. Supaya ia lebih telus dan profesional," katanya.

Sementara itu Mohd Asri berkata jika Zamihan berhalangan pada tarikh berkenaan beliau mempelawa Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) ke Masjid Alwi, Kangar untuk berdialog.

"Ini bersuaian dengan cabaran beliau (Zamihan) untuk datang berhujah di Perlis di mana sahaja, (sama ada di) masjid, universiti, istana ataupun rumah orang kaya," katanya merujuk kepada klip ceramah suatu ketika dulu.
-malaysiakini-

PERKEMBANGAN DISKUSI ILMIAH EKSTRIMISMA AGAMA PADA 17HB

Pagi ini dihujani soalan tentang diskusi imiah antara Dr MAZA dan U. Zamihan Mat Zain (UZMZ). Pelbagai pihak bertanya setelah membaca kenyataan DSSK di FB beliau. Berikut disebutkan secara ringkas;

1. Setelah sekian lama UZMZ mencabar berdebat dengan pelbagai bahasa yang kasar dan tuduhan yang sarat lagi berat terhadap pelbagai pihak, sehingga kemuncaknya pada 4hb Feb lalu apabila beliau sekali lagi mencabar bila-bila masa, di mana sahaja, apa sahaja format dan siapa sahaja perserta.

2. Walaupun Dr MAZA atas kedudukan sebagai Mufti Perlis cuba mengelakkan hal ini sekian lama, namun Dr MAZA akhirnya bersetuju. DSSK (Dato Seri Shahidan Kassim) pula telah mengambil inisiatif menganjurkan satu diskusi ilmiah (tidak dinamakan debat) pada 10hb di JPM Putrajaya. Pelbagai pihak, rakyat dan media menyambut baik hasrat tersebut.

3. Malangnya, U. Zamihan tidak mahu hadir atas alasan beliau ada program dengan banduan di Machang Kelantan. Maka, cabaran beliau sendiri itu tidak dapat dilaksanakan. Walaupun alasan itu tidak lojik pada majoriti rakyat.

4. DSSK mencari tarikh lain sebagai satu lagi peluang diskusi. UZMA sendiri datang berbincang SU sulit DSSK. Beliau bersetuju dengan tarikh baru iaitu 17hb dan syarat-syarat yang ditetapkan. Malah difahamkan beliau menurunkan tandatangan persetujuan atas kertas perbincangan.

5. Dr MAZA tidak hadir berbincang pun tentang syarat dan tarikh. Beliau mendapat maklumat tarikh baru melalui FB DSSK. Pun begitu Dr MAZA bersetuju untuk hadir diskusi tersebut.

6. Peliknya, pihak U. Zamihan tiba-tiba menyatakan tidak mendapat jemputan. Lebih daripada itu, beliau menyatakan program hendaklah mendapat persetujuan DS Zahid Hamidi. Beberapa syarat baru timbul. Kelihatan seakan kemungkinan tidak hadir di pihak beliau itu jelas.

7. Pihak DSSK pula kelihatan macam didesak oleh pihak tertentu untuk program ini dibatalkan. Akhirnya, beliau mengistiharkan dibatalkan tetapi diganti dengan program berskala kecil.

8. Pihak Dr MAZA dengan ini menyatakan hanya setuju hadir program skala kecil DENGAN SYARAT adanya rakaman dan dibenarkan siaran langsung internet (livestreaming).

9. Alhamdulillah, pihak Sinar Harian pagi ini telah maklumkan, sudi untuk menjadi penganjur utama. Masa kekal seperti asal, dan tempat juga telah diperolehi dan akan dimaklumkan. In sha Allah jika berjaya, harap semua rakyat Malaysia dapat menontonnya. MARILAH kita doakan agar hasrat murni Sinar Harian ini dapat berjalan lancar.

10. Jika itu pun terhalang, pihak Dr MAZA dengan ini menjemput U. Zamihan pada tarikh dan masa yang sama ke Perlis. Tempatnya ialah Masjid Alwi, Kangar iaitu satu tempat yang harmoni. Ini bersuaian dengan cabaran beliau untuk datang berhujah di Perlis di mana sahaja, masjid, universiti, Istana ataupun rumah orang kaya (seperti dalam rakaman beliau).

11. Jika beliau tetap enggan, maka marilah kita hidup dengan harmoni tanpa tuduhan pengganas, kafir, sesat, neraka dan seumpamanya kepada sesama muslim.

DENGAN INI, setakat masa ini, Diskusi Ilmiah Ekstrimism Agama di Malaysia antara Dr MAZA dan UZMZ akan berlangsung seperti yang dijadualkan pada 8.30 malam, 17hb Feb 2016, anjuran Akhbar SINAR HARIAN.

Tiada ulasan: