"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Biodata enam tokoh akademik yang sertai AMANAH

Enam tokoh akademik diketuai Dr Hasan Baharom sertai Amanah

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir mengumumkan penyertaan enam tokoh akademik ke dalam parti itu.
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir mengumumkan penyertaan enam tokoh akademik ke dalam parti itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Hasan Baharom bersama lima lagi tokoh akademik menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dan dilantik sebagai naib presiden parti itu.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir di Wisma Amanah, Kuala Lumpur hari ini.

Amanah memperuntukkan lima jawatan naib presiden, tiga dipilih manakala dua lagi dilantik.

Ketika ini Amanah mempunyai tiga naib presiden termasuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Hasanuddin Mohd Yunus yang dipilih sebelum ini.

Dr Hasan yang berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Siasah Syariah secara rasmi menyertai Amanah hari ini bersama lima tokoh akademik yang lain.

“Enam tokoh akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang pelbagai memilih untuk bersama Amanah pada hari ini,” kata Anuar kepada pemberita.

Dr Hasan mempunyai kepakaran dalam bidang zakat, undang-undang kekeluargaan Islam dan sains politik Islam.

Beliau juga terlibat dalam Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Majlis Belia Negeri Melaka.

Lima tokoh akademik yang lain ialah bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Madya Dr Ali Rahman, Prof Madya Dr Sulaiman Mohd Nor dan Prof Madya Hamidon Musa; bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Prof Madya Dr. Zaki Latiff; dan bekas pegawai tadbir diplomatik (PTD) Yusop Hasan.

Anuar berkata, akan ada lagi tokoh-tokoh akademik yang akan menyertai Amanah secara berperingkat.

“Ini merupakan gelombang kedua kemasukan tokoh-tokoh penting ke dalam Amanah selepas ditubuhkan pada 16 September lalu dan ada lagi yang akan membuat pengumuman menyertai Amanah,” katanya.

Tiada ulasan: