"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota polis dihukum kerana tak solat

Surabaya: Kira-kira 78 anggota polis di sini dipaksa melakukan tekan tubi, scout jumping dan pelbagai jenis senaman di tengah panas di padang hadapan berek mereka di ibu pejabat polis di sini kelmarin.

Ia adalah hukuman ke atas mereka kerana malas ke masjid untuk menunaikan solat atau tidak ke masjid di ibu pejabat polis itu ketika azan berkumandang.

Ketua ibu pejabat polis Surabaya Toni Sugiyanto berkata, dia kesal kerana anggota berkenaan rela bersantai di berek masing-masing ketika waktu solat walaupun tidak bertugas atau meronda.
Menurutnya, mulai kelmarin, anggota polis terbabit, kecuali yang bukan beragama Islam, diwajibkan menunaikan solat di masjid di perkarangan ibu pejabat polis itu setiap waktu.

Menurutnya, hukuman yang dikenakan ke atas anggota yang tidak bersolat itu adalah teguran agar mereka belajar mentaati perintah.
-kualalumpurpost

Tiada ulasan: