"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bakar teman wanita, penganggur ditahan

Seorang pengganggur lelaki berusia 31 tahun ditahan polis di Johor Bahru kelmarinn selepas dipercayai membakar teman wanitanya, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarulzaman Mamat berkata suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau termasuk berkaitan dadah, ditahan di sebuah rumah di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya, kira-kira pukul 5 petang.

"Kami dapati ada kesan terbakar di tangan dan kakinya dipercayai akibat kejadian itu," katanya dalam kenyataan semalam.

Khamis lalu, teman wanita suspek melecur 40 peratus di badan selepas dipercayai dibakar lelaki itu menggunakan minyak tanah di sebuah premis berhampiran sebuah pasar raya di Pandan Seri Alam, di Johor Bahru kira-kira jam 11.30 pagi Khamis.

"Suspek dikatakan bertindak demikian kerana cemburu dan wanita itu kini masih tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail," katanya sambil menambah suspek ditahan reman tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Februari.
-Bernama-

Tiada ulasan: