Dr Dzulkefly Ahmad
Debat Asri-Zamihan : Izinkanlah Pencerahan Buat Rakyat Yang DiBelenggui ini..!
1. Debat dibatalkan pada saat-saat akhir.... kalau nak kata seperti dijangka memang begitulah seperti diramal. Persoalannya; kenapa riuh sekampung beriya2 benar nak debat awalnya..
2. Menurut Zamihan debat terpaksa dibatalkan atas arahan pimpinan tertinggi negara dari Putrajaya...Oops..sandar kat boss pulak....kalau sudah fikir masak-masak jangan terlalu ghirah sangat nak berdebat....lepas tu menyorok belakang boss....beri macam2 alasan2 pulak....tak ada surat undangan, jangan tangkap muat..dll..Alahai..
3. Ingatkan saja tak mahu Debat terbuka, diskusi kecil tertutup pun tak mahu jugak. Rakyat dan ummat Islam khasnya bukan nak tengok sapa menang dan kalah..tetapi nak mendengar penghujjahan dan pencerahan..bagi mengangkat pemahaman ummat..terutama kerana kerap diterjah pelbagai tuduhan ke atas 'lawan-musuh' ..macam2 yang rakyat wahabi..terkeluar ahli sunnah wal jamaah...kapir pun dilontarkan jgk..hebat kita ini menghukum...
4. Disamping itu..jg rakyat nak tahu..apa kedudukan pemimpin ahli sunnah wal jamaah yang punya dimensi 'melampau' dan 'ekstreme' di segi terus-terusan 'mencuri dan merompak' wang rakyat, yang bolot, yang boros dan yang bazir wang rakyat...?? Tuduhan ke ni..bukan pengamatan atau mulahazah aje...PKFZ, NFC, MITP, 1-MDB, Yapeim dll...senarainya panjang.. tapi pelik..satu2nya Negara di bumi ini..di mana.."Jenayah yang Tidak Punya Penjenayah"...
Alahai Ummat Muhammad (saw) akhir zaman....guna dan eksploitasi lah agama untuk kepentingan diri dan kelompok..teringat Lisan Junjungan..."Yabi'u diinahu bi'aradin minal dunia"..golongan yang menjual agama kerana kepentingan dunia"...bukan menuduh sesiapa.. tetapi renung2lah sendiri...untuk diri ini juga pertama-tamanya..
Esok akan saya terbitkan kenyataan akhbar tentang "Debat Agung yg Tidak Agung" ini..InsyaAlLah.
Semoga AlLah Merahmati Negara dan Rakyat yang serba dalam Kemelut dan Kebejatan ini.....Amin Ya Rabb!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan