"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Parlimen PAS, Nasrudin Hassan mendakwa dia difitnah menonton filem lucah

Nasrudin Hassan
SHAH ALAM: Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan menyatakan tindakan menyebarkan kenyataan di media sosial dengan mendakwa beliau menonton filem lucah satu fitnah keji.

Nasrudin berkata, pihak media menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berkenaan fitnah yang berlegar di media sosial kononya beliau menonton filem lucah semasa lawatan kerja ahli Parlimen ke Jerman pada 2014.

“Tahun lalu (2015) saya menerima fitnah hampir serupa, kononnya saya minum arak di bilik hotel sewaktu lawatan ke Jerman.

“Tahun ini (2016) telah bertukar plotnya kepada menonton filem lucah,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau tidak tahu motif pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah sedemikian rupa.

“Tegasnya saya enggan melayan permainan 'pihak tertentu' ini dan ingin saya nyatakan bahawa ini adalah fitnah keji lagi tidak bertanggungjawab yang dilemparkan kepada saya,” katanya.
-sinarharian-

Tiada ulasan: