"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Mahfuz Omar langkah Haji Hadi?

Mahfuz lawan arus, mahu hadir demo anti-Najib
 Ketika presidennya memilih tidak hadir dalam perhimpunan menolak Datuk Seri Najib Razak 27 Mac ini, Datuk Mahfuz Omar menjadi pemimpin pertama parti itu mengambil langkah berbeza.

Mahfuz hari ini berkata akan hadir dalam perhimpunan itu “atas keinsafan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab”.

“(Langkah ini) bukan kerana anti terhadap batang tubuh Najib dan ahli Umno, tetapi kerana kasih, sayang dan cintakan Malaysia dan rakyat termasuk ahli-ahli Umno,” katanya.

Mahfuz, anggota parlimen Pokok Sena, berkata perasaan cintakan negara menuntut beliau menyertai kempen 'selamatkan Malaysia', yang baginya sebahagian tuntutan perjuangan Islam.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) kelmarin dilaporkan berkata tidak akan menyertai sebarang himpunan bagi mendesak supaya perdana menteri melepaskan jawatan.

Katanya, walaupun beliau anti-Umno, beliau tidak anti orang Umno, lapor Sinar Harian.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata, tindakan Hadi itu menepati kriteria budaya politik matang yang sedang diterajui parti Islam itu.

Perkukuh cengkaman

Dalam kenyataan hari ini, Mahfuiz berkata pengunduran Najib adalah keperluan negara kini dan kegagalan pengurusan negara berpunca daripada beliau.

“Apa yang dilakukan Najib hanyalah memperkukuhkan cengkaman kuasa politiknya dengan pencabulan terhadap undang-undang dengan melakukan pindaan atau memperkenal undang-undang baru yang zalim,” katanya.

Beliau juga menyifatkan percaturan politik dalam negara, termasuk penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) daripada tugas sebagai timbalan presiden Umno bukan menyelamatkan negara dan rakyat.
“Najib terus memperkukuh dan menghidupkan Umno untuk cengkaman kuasanya memerintah Malaysia.

“Memerintah negara mengikut telunjuknya bukan mengikut landasan keadilan, kehendak dan keperluan hidup rakyat,” katanya.

Bekas naib presiden PAS itu berkata Pengunduran Najib tidak boleh ditangguh kerana akibatnya negara akan terus mengalami kerosakan dan rakyat akan terus dihimpit penderitaan.

“Reformasi institusi perlu disegerakan bagi menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat menganjurkan perhimpunan tertutup 1,000 orang bagi mendesak pengunduran Najib pada 27 Mac depan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: