"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis tembak remaja dua kali walau hanya pegang penyapu

Polis tembak remaja dua kali walau hanya pegang penyapu
Polis tembak remaja dua kali walau hanya pegang penyapu Polis menahan remaja yang menyertai himpunan orang awam di South Rio Grande, Salt Lake City.
SALT LAKE CITY - AMERIKA SYARIKAT. Sekumpulan besar orang awam mengamuk selepas seorang polis dilaporkan menembak seorang remaja hanya kerana memegang penyapu.

Menurut Fox News, remaja lelaki berumur 16 tahun tersebut ditembak di perut dan dada dan keadaan terkini tidak diketahui.

Polis Salt Lake pula mengatakan mereka bertindak selepas menerima aduan mengenai suatu kes jenayah.

Seramai dua anggota polis terlibat dalam kejadian tembak tersebut.

Kawan kepada mangsa, Selam Mohamad mengatakan polis menyuruh mangsa supaya meletakkan penyapu dipegang mangsa ketika kejadian ke atas lantai.

"Tetapi polis terus tembak sebaik sahaja kawan saya memusingkan badan," kata Selam.

Sementara itu, orang ramai yang mengamuk berkumpul di South Rio Grande sambil menghamburkan kata-kata makian dan membaling batu ke arah anggota polis.

Detektif, Greg Wilking memberitahu pihak polis terpaksa menahan beberapa orang awam yang berkumpul kerana 'bertindak ganas'.

Polis juga bertindak menutup jalan di kawasan kejadian dan kawasan orang ramai berkumpul.

Punca kejadian masih disiasat.
-sinarharian-

Tiada ulasan: