"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Separuh ahli UMNO akan keluar parti menyertai Mahathir

Separuh ahli UMNO akan keluar parti – Anina
Faiz Zainudin  
anina-umnohPETALING JAYA: Separuh daripada tiga juta ahli UMNO didakwa akan meninggalkan parti itu bagi mengikut jejak langkah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Anina Saadudin berkata, tindakan itu kerana ahli UMNO sedar parti itu tidak lagi menjaga kepentingan orang Melayu sebaliknya ia menjadi parti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

“UMNO kini menjadi parti untuk Najib sahaja. Ia parti untuk pencuri wang negara dan kuncu-kuncunya sahaja.

“Lebih tiga juta ahli UMNO. Saya percaya lebih separuh darinya juga sudah keluar dari parti dalam hati masing-masing. Malah saya percaya akan ramai lagi pemimpin UMNO akan keluar parti.

“Malah secara peribadi saya gembira untuk bersama-sama Tun M berjuang di luar parti,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Dr Mahathir mengumumkan keluar UMNO sebagai tanda protes terhadap Najib hari ini.
Mengulas lajut Anina berkata, buat masa ini mereka tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti lain, sebaliknya akan terus berjuang untuk mengembalikan UMNO yang sebenar.

“Kami tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti kerana roh perjuangan kami adalah UMNO yang tulen. UMNO kini parti Najib ia bukan lagi UMNO yang tulen. Malah kami juga tidak berhasrat menubuhkan parti baharu,” katanya yang dipecat UMNO.
-fmt-

---------------------------
Mahathir, Siti Hasmah keluar Umno dalam protes

 Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.

“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu.

Mahathir berkata tindakan itu terpaksa diambil kerana sayangkan negara ini.

Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.

Reuters melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti.
Selain Mahathir, turut meninggalkan Umno hari ini adalah isterinya,Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan bekas pemimpin Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mahathir antara pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang.

Baru-baru ini anak beliau Datuk Seri Muhkriz juga digugurkan sebagai menteri besar Kedah, tindakan yang dilihat sebagai reaksi balas kem pro-Najib.

Kedudukan Najib kini dilihat semakin mencengkam dalam Umno dan kerajaan, terutamanya selepas peguam negara membersihkannya daripada sebarang salah laku dalam kes derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya dan SRC International.

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat hampir senada dengan Mahathir, juga telah digantung daripada jawatannya minggu lalu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: