"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Kalau saya sebut nama, nanti mereka malu’ - Muhyiddin Yassin

Aedi Asri 
muhyiddin,umno,1mdbKUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa “beberapa pemimpin tertinggi UMNO” pernah berjumpa dengannya bagi menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung isu 1MDB.
Namun pemimpin-pemimpin yang sama katanya, kini menghentamnya pula kerana bersuara.

“Waktu saya dalam kerajaan, ada beberapa pemimpin dalam parti dan kerajaan datang jumpa saya selaku orang nombor dua (dalam UMNO), perihal kepimpinan negara.

“Saya cadangkan agar mereka bertemu sendiri dengan presiden, tetapi mereka tidak berani. Sekarang mereka juga bantai saya,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau pernah membangkitkan perkara yang sama dalam kenyataan pertamanya selepas penggantungan, mendakwa beberapa pemimpin utama UMNO pernah datang bertemunya mengadu tentang beberapa skandal yang menyelubungi Najib dan isteri.

Bagaimanapun, Muhyiddin enggan mendedahkan identiti pemimpin-pemimpin tersebut ketika ditanya wartawan.

“Kalau saya sebut nanti mereka malu, nanti Presiden tanya dan mungkin tanggung akibat yang sama.
“Tak kisahlah mereka duduk senang-lenang dan saya begini. Tak mengapa,” katanya.
-fmt-

Tiada ulasan: