"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sanggup terbang 5,000 batu untuk rogol budak

Sanggup terbang 5,000 batu untuk rogol budak
Hall dikatakan menjemput kanak-kanak itu di rumah neneknya di Oregon, AS sebelum mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak terbabit di dalam kereta sewa dan hotelnya.
CAERNARFON – UNITED KINGDOM . Seorang pengawal pantai Brisitish dipenjara selama 50 tahun selepas didapati bersalah merogol kanak-kanak berusia 10 tahun di Amerika Syarikat (AS).

Gareth Vincent Hall, 22, sanggup terbang sejauh 5,000 batu menggunakan kapal terbang ke Amerika Syarikat untuk bertemu dengan kanak-kanak perempuan yang dikenalinya menerusi talian sosial.

Hall dikatakan menjemput kanak-kanak itu di rumah neneknya di Oregon, AS sebelum mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak terbabit di dalam kereta sewa dan hotelnya.

Hall kemudiannya terbang pulang semula ke UK untuk meneruskan kerjayanya sebelum ditahan semula sebulan kemudian.

Ketika ditahan, Hall berada di Lapangan Terbang O’Hare, Chicago, AS di mana dia merancang untuk bertemu dengan seorang lagi perempuan yang dikenali menerusi talian sosial.

Hall ketika dibicarakan mengaku tidak tahu yang pasangannya itu berusia 10 tahun.

Menurut Hall, dia tidak akan sanggup terbang ke AS sekiranya mengetahui umur sebenar kanak-kanak terbabit.

Bagaimanapun Hakim Jay McAlphin menyanggah kata-katanya dan membalas, sesiapa sahaja yang melihat gambar kanak-kanak yang dirogol Hall akan sedar yang kanak-kanak itu merupakan bawah umur.
-sinarharian-

Tiada ulasan: