"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


2 wakil rakyat Pas diberi surat tunjuk sebab kerana menyokong deklarasi rakyat

Tranungkite
Mahfuz Omar
ALOR SETAR - Dua wakil rakyat Pas diberikan surat tunjuk sebab susulan penglibatan mereka dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) peringkat negeri ini.


Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dikatakan menerima surat berkenaan selepas tersebarnya poster program GSM yang akan berlangsung 1 Mei depan.

Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, di mana Badan Perhubungan Pas Kedah yang bermesyuarat baru-baru ini sepakat mahu kedua-dua wakil rakyat itu memberikan penjelasan atas pembabitan mereka dalam GSM.

“Surat berkenaan baharu sahaja dihantar dan kita beri tempoh seminggu untuk dijawab. Setakat semalam, Pas Kedah belum terima surat jawapan daripada kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu dibuat berdasarkan kepada surat pekeliling Pas Pusat yang menghalang ahli partinya terlibat secara langsung dalam aktiviti atau program Amanah dan DAP.

“Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, Pas juga tidak benarkan ahlinya sertai Deklarasi Rakyat, namun tindakan Mahfuz dan Mohd Nasir secara terang-terangan beri komitmen kepada GSM, menyalahi prinsip parti,” katanya.

Musoddak berkata, poster yang memaparkan Mahfuz dan Mohd Nasir bersama pimpinan Amanah, DAP dan Team B Umno, jelas membuktikan penglibatan dua wakil rakyat Pas itu, dan tindakan wajar diambil.

Sementara, Mohd Nasir ketika dihubungi berkata, sehingga semalam belum menerima surat dimaksudkan, namun berlapang dada untuk memberikan maklum balas.

“Saya tetap ahli Pas, walaupun saya sokong apa yang diperjuangkan dalam Deklarasi Rakyat yang digerakkan bawah GSM yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan,” katanya.

Menurutnya, tindakannya bersetuju dengan perjuangan GSM tidak menyebabkan dirinya terkeluar dari Pas, berikutan hanya bersetuju dengan agenda jatuhkan Najib.

“Sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat, saya berasakan perlu untuk kita gembleng kesepakatan ini sehingga pilihan raya supaya rakyat bersedia. Pembangkang dari pelbagai parti mahu lawan BN, itu yang dipersetujui,” katanya.

Mohd Nasir menegaskan, perjuangannya tetap dengan Pas, namun menyokong GSM kerana itu yang rakyat mahukan.

“Satu minit pun saya tidak bersetuju jika Najib dikekalkan. Isu 1MDB dikaitkan dengan beliau sudah lama berlarutan dan perlu diselesaikan segera, namun jawapan yang diberikan beliau tidak memuaskan hati,” katanya.

Menurutnya, inilah yang perlu diperjuangkan rakyat, bukannya memberi tumpuan kepada isu remeh.

Mahfuz ketika dihubungi bagaimana pun enggan mengulas buat masa ini

Tiada ulasan: