"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


MB Terengganu: Tanda Tanya Di Sebalik Gelaran Datuk Seri Tidak Disebut

PETALING JAYA: Desas-desus mengenai penarikan balik darjah kebesaran yang dikurniakan Istana Terengganu kepada Menteri Besar semakin hangat diperkatakan apabila gelaran Datuk Seri tidak disebut oleh pengacara majlis pada program yang dihadiri Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, pagi Ahad.

Sebaliknya, pengacara majlis Persidangan Wakaf Senusantara 2016, di Hotel Primula, Kuala Terengganu itu sekadar menyebut Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu sahaja bagi mengalu-alukan kehadirannya.

Ahmad Razif hadir pada majlis itu bagi mengiringi Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin yang berangkat untuk merasmikan persidangan tersebut.

Insiden ini bukan yang pertama kerana pada Sabtu, kejadian sama berlaku sekali gus bagaikan mengiyakan khabar angin mengenai isu penarikan gelaran rasmi itu yang mula bertiup kencang pada petang Jumaat lalu.

Namun, tiada sebarang kenyataan secara rasmi dikeluarkan pihak istana negeri itu untuk mengesahkan mengenai khabar angin itu sehingga hari ini.

Ahmad Razif yang menjadi tumpuan media pada pagi Ahad bagaimanapun terus mengunci mulut mengenai dakwaan tersebut.

Beliau yang diserbu wartawan sekadar mengucapkan terima kasih sebelum meninggalkan majlis dengan menaiki kenderaan rasminya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Terengganu Datuk Osman Muda turut enggan mengulas isu berkenaan.

Ahmad Razif dianugerahkan pingat Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan ulang tahun ke-53 pada 24 April 2015.

Pada petang Jumaat, timbul dakwaan kononnya Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir kini tidak lagi mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik.

Persoalannya kini, apakah situasi terkini di Terengganu itu bermakna karier Ahmad Razif sebagai Menteri Besar akan turut berakhir dalam masa terdekat.

Menurut sumber, Ahmad Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang Jumaat selepas dimurkai pihak Istana ketika beliau mengiringi Sultan Mizan menunaikan solat Jumaat.

Sekiranya benar, beliau bakal menjadi menteri besar paling singkat dalam sejarah Terengganu selepas tidak sampai setahun mengambil alih jawatan tersebut daripada Datuk Seri Ahmad Said pada Mei tahun lepas. 
-mstar-

Tiada ulasan: