"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gambar supercar buatan pertama Malaysia yang bakal dijual dengan harga sekitar RM500,000 – RM800,000 seunit

Supercar3
Kira-kira 11 tahun yang lalu, industri automotif Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Esna Venere, iaitu nama yang sering dimomokkan sebagai supercar pertama Malaysia.

Esna Vanere adalah hasil cetusan idea Enasports Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diasaskan oleh seorang usahawan yang bernama Esmail Naziadin.

Esnasports pada asalnya merancang untuk dipertontonkan kepada umum dalam acara Geneva Motor Show 2006 dan menguji jentera tersebut dalam Le Mans 24 Hours Endurance Race pada tahun berkenaan.

Kereta ini dijangka dibuat terhad kepada 150 unit sahaja dengan 20 unit dilaporkan sudah mula ditempah pada tahun berkenaan yang mana dijangka dijual pada harga sekitar RM500,000 – RM800,000 seunit.
Supercar
Bagaimanapun disebabkan kematian pengasasnya, projek Esna Vanere ditamatkan serta merta dan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah permotoran negara.


Mengikut perancangan Enasports, kereta ini sepatutnya dikeluarkan untuk pasaran pada tahun 2006 namun disebabkan namun disebabkan kematian pengasasnya, projek Esna Vanere telah ditamatkan serta-merta dan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah permotoran negara.

Sejak itu, tiada siapa yang mampu menyiapkan kereta ini dan projek Esna Venere terkubur begitu sahaja.
supercar1
Bagi kami, agak malang sekali projek istimewa seperti ini tidak diteruskan kerana jika Esna Vanere direalisasikan, ia pastinya menjadi kereta ikonik kebanggaan Malaysia yang berkemungkinan mampu mencabar nama-nama besar dalam industri sport car yang lain seperti Porche dan Ferrari.

Spesifikasi Esna Vanere dilengkapi enjin 3.0 liter enam silinder superchargeddipadankan dengan pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau automatik yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 300 hingga 350 hp.

Ia mampu mencecah kelajuan tertinggi sehingga 300km. Kereta ini juga amat ringan dengan berat hanya 1,080kg disebabkan penggunaan bahan komposit seperti aloi chromoly, aluminium sarang lebah dan gentian karbon. Sistem suspensinya pula menggunakan teknologi double wishbone yang ditala oleh pakar tempatan dan luar negara. 
– Mynewshub

Tiada ulasan: