"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BIAR BETUL!!! Sokong Zakir Naik punca Ahmad Razif lucut darjah kebesaran?

Tranungkite
PETALING JAYA: Tindakan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menyokong pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik dikatakan adalah punca darjah kebesarannya dilucutkan Sultan Terengganu.

Menurut laporan China Press, selain menghadiri ceramah-ceramah pendakwah dari India itu, Ahmad Razif turut menawarkan tiga pulau di Tasik Kenyir kepada Zakir, bagi tujuan penubuhan cawangan atau pusat penyelidikan Islam bagi rantau Asia Tenggara di Terengganu.

Selaku penaung Yayasan Penyelidikan Islam, Zakir telah bersetuju menerima pelawaan kerajaan negeri itu.

Empat ceramah Zakir di Terengganu berjalan lancar, selepas mendapat kelulusan pihak polis, berbeza dengan keadaan di Melaka, di mana forum bertajuk ‘Similarities Between Hinduism And Islam’ terpaksa ditukar kepada ‘Islam – Problems and Solutions to Humanity’, pada 17 April lalu.

Difahamkan, tindakan Zakir memberi syarahan di Terengganu turut tidak disenangi Jabatan Mufti Negeri Terengganu dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, kerana dikhuatiri penceramah luar itu mungkin menyebarkan ajaran sesat.

Tiada ulasan: