"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib Persembahkan Nama YB Nawi Mohamad Ganti YB Razif Sebagai MB Baru?

Tranungkite
Ada orang beritahu aku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin petang tadi. Perjumpaan itu adalah membincangkan nama menteri besar yang baharu sebagai pengganti Ahmad Razif Abd Rahman.

Perkembangan terbaru ini, mengikut analisis UMNO negeri Terengganu hanya boleh diselesaikan dengan 3 pilihan iaitu:-

1. Menukar Menteri Besar yang baru
2. Membentuk kerajaan perpaduan dengan parti PAS
3. Membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya Negeri

Sebelum ini Najib telah menghantar Zahid Hamidi untuk mendapat pandangan daripada UMNO Terengganu.

Sumber mendedahkan daripada perbincangan tersebut, calon pengganti yang disebut-sebut dikalangan pemimpin Umno negeri ketika ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad, yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Terengganu.

Nama Rozi dan Mat Jidin hanya sekadar perbincangan umum tidak terpilih dalam pemilihan mesyuarat akhir berkenaan.

Kita tunggu perkembangan seterusnya.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.my

Tiada ulasan: