"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


Kami selangkah lagi perang dengan dunia Islam, kata bekas menteri Israel

FMT Reporters 
PETALING JAYA: Bekas menteri luar Israel, Tzipi Livni bimbang konflik agama tercetus antara negara itu dengan dunia Islam susulan langkah keselamatan kontroversi yang dikenakan ke atas Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Livni dipetik media Israel menyifatkan negara itu hanya “selangkah” daripada mengubah konflik dengan rakyat Palestin kepada “tindakan seluruh umat Islam” menentang Israel.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu perlu tegas dan menghalang konflik itu berlaku.

Pada 14 Julai lalu, media antarabangsa melaporkan polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas 3 penduduk Palestin dan 2 polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di pekarangan masjid itu.

Pasukan keselamatan Israel kemudiannya membuka semula masjid itu dan memasang pengesan logam di pintu masuk tempat suci itu.

Sejak itu, keadaan bertambah tegang dengan pemimpin Islam yang berkata Israel berhasrat memperluaskan penguasaannya di kawasan terbabit melalui pelaksanaan langkah keselamatan itu, menggesa umat Islam menyertai protes besar-besaran pada 21 Julai lalu.

Susulan itu, rejim Tel Aviv mengharamkan lelaki Islam berusia 50 tahun ke bawah memasuki kota lama Baitulmaqdis, lokasi terletaknya Masjid Al-Aqsa.

Minggu berikutnya, pertempuran tercetus antara umat Islam dan pasukan keselamatan Israel yang menyaksikan 3 rakyat Palestin terbunuh dan 3 ahli dalam sebuah keluarga Israel maut ditikam seorang pemuda Palestin berusia 20 tahun di Tebing Barat.

Semalam, Reuters melaporkan pengesan logam itu dikeluarkan dan akan diganti dengan kamera litar tertutup (CCTV). Rakyat Palestin bagaimanapun membantah dan mendesak semua langkah keselamatan yang dilaksanakan Tel Aviv itu dibatalkan.

Jason Greenblatt yang merupakan wakil Donald Trump di Timur Tengah dilaporkan dihantar ke Tel Aviv untuk cuba meredakan krisis itu. Ini ialah julung kali presiden Amerika Syarikat campur tangan secara langsung dalam krisis berkenaan.

Israel berulang kali terbabit dalam konflik dengan negara jiran Arab sepanjang 69 tahun kewujudannya. Malah, negara itu boleh dikatakan terlibat dalam perang berterusan sejak ditubuhkan pada 1948.

Tiada ulasan: