"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Siar secara langsung kepala adik terbelah


Sedutan rakaman yang tular di laman forum Reddit.
CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita sanggup merakam secara langsung keadaan adiknya yang baru ditimpa kemalangan.

Menurut laporan ABC30, wanita tersebut Obdulia Sanchez, 18, kini ditahan kerana memandu dibawah pengaruh dadah dan alkohol dalam kejadian Jumaat lalu.

Dalam rakaman strim yang tular di laman forum Reddit, Obdulia merakam dirinya memandu sebelum kenderaan yang membawa beliau dan adiknya, Jacqueline Sanchez, 14, terbalik.

Jacqueline yang tidak memakai tali pinggang keledar tercampak keluar dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, maut di tempat kejadian.

Obdulia yang tidak mengalami kecederaan pula menyiarkan mayat adiknya di laman Instagram.

Tak cukup dengan itu, Obdulia 'menggoncang' mayat adiknya bersama kepala mangsa yang terbelah sambil meminta maaf dan memintanya 'bangun'.

Seorang lagi penumpang yang tidak mengalami kecederaan boleh didengar menangis dan menyuruh Obdulia menghentikan tindakannya.

Ketika siaran tersebut berlangsung pula, seorang saksi yang menyaksikan strim berkenaan telah merakamnya dan memberikan video tersebut kepada polis.

Ahli keluarga mengesahkan strim tersebut dirakam oleh Obdulia dan beliau kini ditahan polis.

Obdulia berhadapan dakwaan menyebabkan kematian tanpa niat (manslaughter) ketika memandu dibawah pengaruh dadah dan alkohol (DUI).

Tiada ulasan: