"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buat Laporan Polis Gara-Gara Kambing Bermuka 'Syaitan' (Gambar)

KAMBING bermuka 'syaitan' yang mencetuskan kebimbangan penduduk kampung.
BUENOS AIRES: Penduduk sebuah kampung di Argentina digemparkan dengan kelahiran seekor anak kambing memiliki rupa menakutkan seperti 'syaitan' sehingga memaksa mereka membuat laporan polis.

Pemilik kambing itu, Gladys Oveido mengakui dia sangat terkejut melihat rupa kambing yang baru dilahirkan di kebunnya itu yang mempunyai mata seolah-olah tersembul keluar.

Anak kambing itu mati sebaik sahaja dilahirkan di sebuah kampung di daerah San Luis, tengah Argentina.

“Anak-anak kambing yang lain semuanya kelihatan normal, anak kambing malang itu sahaja yang mempunyai kecacatan di kepala. Ia sesuatu yang jarang berlaku.” kata Oveido.

Gambar dan video anak kambing itu diambil oleh menantunya dan dimuat naik ke laman sosial sebelum tular.

Penduduk kampung membuat laporan polis ekoran bimbang kelahiran anak kambing tersebut akan membawa nasib buruk kepada mereka.

Polis turut menghantar seorang pegawai ke kebun Oveido untuk merekod penemuan aneh itu.

Bagaimanapun pihak polis tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan luar biasa tersebut. - Mirror.uk
-mstar

Tiada ulasan: