"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenyataan Naib Presiden Pas 'bunuh' Pas

KUALA LUMPUR - Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berhubung isu meletakkan calon bertanding di Permatang Pauh hanya membunuh parti itu sendiri.

Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu menunjukkan Pas seolah-olah mahu bertanding di semua kerusi pembangkang.

“Ini kenyataan angkuh daripada Pas yang membina persepsi pengundi. Mereka mengaku sebagai pembangkang, tetapi mereka enggan berunding dengan rakan pembangkang lain, tak boleh bertolak ansur dan mahu membolot semua kerusi.

“Akhirnya pengundi jemu dengan Pas dan putus asa sokong parti tersebut kerana menunjukkan kecenderungan kepada Umno. Saya yakin ahli Pas, bukan sahaja pengundinya, sebahagian besar beralih arah,” katanya.

Mahfuz berkata, kenyataan Mohd Amar juga beri nafas kekuatan kepada Pakatan Harapan untuk menang walaupun terpaksa berdepan pertembungan tiga penjuru.

“Kalau Pakatan Harapan bertemu Umno dan Pas pada PRU14, saya yakin Pakatan Harapan akan menerima kemenangan mudah.

“Kebimbangan Pakatan Harapan adalah satu lawan satu dengan Pas jika parti ini mempunyai kerjasama Umno secara tidak langsung. Ia akan menggabungkan dua pengundi tegar yang boleh menjejaskan parti,” katanya.

Beliau turut ingatkan Pas agar tidak lena dibuai mimpi indah berdasarkan keahlian parti yang ramai.

“Jangan lihat jumlah ahli dan jangan tengok jumlah kehadiran perhimpunan kerana itu bukan faktor kemenangan,” katanya.
-sinarharian

Tiada ulasan: