"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kaum India di Johor tunjuk sambutan luar biasa kepada PH

AMNI JAGAT
Majlis makan malam bersama masyarakat India
Kebangkitan kaum India di negeri Johor mulai dilihat dengan sambutan luar biasa dalam program majlis makan malam dan dialog pada Sabtu lalu.

Menurut Ketua Biro Kaum India Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Johor, Jeevan Supramaniam, 46, sambutan luar biasa kaum india di negeri Johor kali ini adalah suatu tsunami baru yang melanda negeri itu sekali gus menafikan dakwaan bahawa kaum India adalah pengundi tegar BN.

Menurut beliau lagi, program makan malam yang dianjurkan itu juga adalah berkaitan dengan cadangan manifesto kaum India terhadap Pakatan Harapan (PH) yang membabitkan sektor pendidikan serta kos sara hidup masyarakat India.

“Malam ini telah memperlihatkan pada kita sebuah kehadiran yang luar biasa oleh kaum India yang bersemangat dalam bersama-sama dengan gelombang PH yang kian memuncak dan ia telah menafikan kenyataan yang mana telah dikatakan kaum india sebagai pengundi tegar Barisan Nasional.

“Makan malam yang dianjurkan ini juga adalah berkenaan dengan cadangan manifesto kaum india terhadap PH yang bakal memerintah di negeri Johor serta Malaysia yang melibatkan sektor pendidikan dan berkenaan kos sara hidup yang terhimpit oleh masyarakat atau kaum india,” kata Jeevan ketika ditemui Malaysia Dateline.

Selain itu, Jeevan juga berpandangan, pendidikan untuk kaum india perlu dipertingkatkan dengan mewujudkan mata pelajaran yang berasaskan pendidikan moral atau akhlak yang baik seperti yang diajarkan oleh kitab falsafah 'Tirukkal'.

Berkaitan kos sara hidup pula, apa yang dicadangkan oleh kaum India terhadap kehidupan mereka adalah berkenaan dengan menaik taraf pengusahaan orang India seperti isu ternakan lembu, tenusu dan daging lembu ke peringkat yang lebih jauh lagi seperti antarabangsa.

“Kita ingin melihat kaum India hari ini terdidik dengan nilai murni dan moral yang mempunyai akhlak yang baik. Justeru kami kaum India mencadangkan supaya dijadikan pendidikan Tirukkural sebagai mata pelajaran dalam sekolah-sekolah india agar anak-anak kami dapat mengenal erti atau nilai baik itu sejak dari kecil lagi.

“Selain pendidikan, kos sara hidup yang menekan khususnya orang India hari ini di Malaysia adalah menjadi faktor yang tinggi mengapa cadangan manifesto ini diadakan dan kami mencadangkan pengusahaan orang India seperti ternakan lembu, tenusu dan daging dikhususkan kepada kaum india serta dinaikkan tarafnya sehingga ke peringkat yang lebih jauh yakni antarabangsa,” katanya.
Program makan malam itu turut dihadiri oleh Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad, Adun DAP Dr. Boo Cheng Hau, Pengerusi PKR Johor Hassan Karim serta Timbalan Pengerusi PKR Ronny Murugan dan beberapan pimpinan parti komponen PH yang lain.

Tiada ulasan: