"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Lelaki mati ditembak serang polis dalam masjid

Bernama

JAKARTA: Kejadian serangan terhadap anggota polis kini semakin menjadi-jadi di Indonesia.

Terbaru kejadian 2 anggota polis diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau setelah selesai menunaikan solat Isyak berjemaah dalam Masjid Faletehan yang terletak berhampiran Markas Besar Polis di sini malam tadi.

Media tempatan memetik Ketua Polis Metro Jaya M. Iriawan sebagai berkata, 2 anggota polis terbabit cedera pada bahagian pipi akibat ditusuk dengan pisau oleh lelaki yang tidak dikenali itu.

Lelaki terbabit dikatakan melaungkan ‘taghut’ (melampaui batas) dan terus cuba menikam pada bahagian leher seorang daripada anggota polis itu yang bersalam dengannya tetapi hanya terkena pada bahagian muka.

Lelaki itu kemudiannya menyerang seorang lagi anggota polis tetapi hanya terkena pada bahagian pipi anggota itu.

“Setelah suasana dalam masjid itu kecoh, lelaki terbabit cuba melarikan diri dan pasukan polis di Markas Besar yang menyedari kejadian itu kemudiannya mengejarnya dan melepaskan tembakan amaran,” kata Iriawan.

Katanya, bagaimanapun lelaki terbabit enggan menurut arahan polis untuk menyerah diri dan polis terpaksa melepaskan tembakan dan lelaki itu mati di tempat kejadian.

Kedua-dua anggota polis itu dikenali sebagai Dede Suhatmi dan Syaiful dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapat rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Pada pagi Hari Raya Aidilfitri minggu lepas, seorang anggota polis yang sedang bertugas di pos keselamatan Ibu Pejabat Polis Medan, Martua Sigalinging maut ditikam oleh lelaki yang menyerangnya dengan sebilah pisau sambil melaungkan takbir.

Lelaki yang dipercayai terbabit dengan aktiviti Daesh itu bagaimanapun mati ditembak oleh anggota polis lain di tempat kejadian.

Sebelum itu, 3 anggota anggota polis yang bertugas mengawal jalan raya di Stasion Bas Kampung Melayu di Jakarta Timur terkorban dalam 1 kejadian letupan bom berani mati pada 24 Mei lepas.

Ketiga-tiga anggota polis yang dikenali sebagai Topan, Ridho Setiawan dan Imam Gilang Adinata, maut akibat parah pada seluruh badan apabila penyerang berani mati itu meletupkan bom ketika menghampiri mereka.

Polis menahan beberapa orang di wilayah Bandung, Jawa Barat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Tiada ulasan: