Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan 10 dan 11 Mei akan diisytiharkan sebagai cuti umum sekiranya gabungan pembangkang itu memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Saya tak suka cuti tapi saya sedar orang lain suka cuti," kata bekas perdana menteri itu dalam taklimat kepada calon HARAPAN di Petaling Jaya malam tadi.
Memandangkan hari mengundi (Rabu, 9 Mei) diisytiharkan sebagai cuti umum, Mahathir berkata rakyat Malaysia akan berehat lima hari jika HARAPAN menang termasuk pada hujung minggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan