"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sah Wan Azizah di Pandan, Nurul di Permatang Pauh

PRU14 I Selepas mengharungi banyak drama, PKR akhirnya mengeluarkan senarai calon rasmi bagi pilihan raya umum ke-14 hari ini.

Senarai itu mengesahkan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding di Pandan sementara anak perempuannya, Nurul Izzah Anwar akan berpindah ke Permatang Pauh.

Penyandang kerusi parlimen Pandan ialah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, yang tidak akan bertanding kerana menghadapi kes mahkamah.

Nurul, yang merupakan anggota parlimen selama dua penggal di Lembah Pantai, akan menggantikan ibunya di Permatang Pauh, sebuah kerusi tradisi yang ditandingi anggota keluarganya selama beberapa dekad.

Bapanya yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum 1982.
-malaysiakini

Tiada ulasan: