"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Proses memilih PM-8 belum selesai, kata Husam

AKMAL MANAFa
Naib Presiden AMANAH, Senator Datuk Husam Musa berpendapat, proses pemilihan Perdana Menteri kelapan masih belum selesai berikutan perlu melalui proses di Parlimen.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu melalui proses di Parlimen untuk menentukan sama ada beliau mendapat mandat daripada ahli parlimen atau pun tidak.

Katanya, proses pertama sudah selesai iaitu Yang di-Pertuan Agong (YDPA) telah menetapkan seorang Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Persekutuan (kuasa Baginda).

“Tetapi Perdana Menteri perlu melalui proses di Parlimen. Setakat yang saya faham, melalui notis Parlimen, boleh bersidang dalam tempoh 14 hari.

“Jadi, saya kira proses pemilihan itu belum selesai. Walaubagaimanapun kita berharap rakyat dapat duduk dengan tenang dan aman.

“InsyaAllah negara kita boleh dipulihkan melalui proses demokrasi yang teratur dan betul dengan mengembalikan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Petang ini Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat perkenan Yang DIpertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah sebagai Perdana Menteri ke-8, Malaysia.

Yang Dipertuan Agong berkenan melantik Presiden Bersatu itu sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.

Tiada ulasan: