"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita, anak 6 tahun mangsa noda beramai-ramai

Agensi

New Delhi: Seorang ibu dan anak perempuannya yang berusia enam tahun menjadi mangsa rogol beramai-ramai di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak selepas menerima pelawaan daripada sekumpulan lelaki di India untuk menumpang kenderaan itu.

Mirror melaporkan, ibu malang dan anaknya dijanjikan oleh kumpulan lelaki itu bahawa mereka akan dihantar pulang ke rumah dengan selamat dari Piran Kaliyar, tetapi sebaliknya mangsa diserang dan dirogol, menurut polis.

Penguasa polis, Pramendra Doval mengesahkan pemandu hanya dikenali sebagai Sonu, sudah mempunyai penumpang lain ketika menawarkan untuk membawa pulang mangsa.

"Ibu itu melaporkan kepada polis dia tidak tahu berapa ramai orang berada di dalam kereta ketika kumpulan lelaki itu dikatakan menyerang dan merogol wanita itu dan anaknya yang berusia enam tahun di dalam kenderaan yang sedang bergerak.

"Kumpulan itu kemudian 'membuang' mangsa berhampiran terusan. Kemudian, si ibu mencari balai polis berhampiran dan melaporkan jenayah itu. Ibu dan anak perempuan itu dibawa ke Hospital Awam Roorkee," katanya.

Doktor mengesahkan ibu itu diserang secara seksual dengan polis mengesahkan mereka masih menyiasat serta belum dapat mengesan suspek.

Insiden itu menyusuli jenayah sama seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dilaporkan dirogol polis.

Untuk kes itu, bapa mangsa mendakwa anak perempuannya dirogol selama empat hari oleh sekumpulan lelaki yang membawanya pergi ke Bhopal di Madhya Pradesh, pada 22 April.

Hari berikutnya ibu mangsa membuat aduan orang hilang kepada pihak polis selepas anak remajanya itu mengadu menjadi mangsa rogol empat lelaki.

-hmetro 

Tiada ulasan: